Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg mereka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg membuat reka bentuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EAMES, CHARLES

Eames, Charles (1907–1978) ialah pereka bentuk

Amerika Syarikat yang terkenal di peringkat

antarabangsa kerana menghasilkan beberapa

perabot imaginatif pada tahun 1900-an.

UMUM 
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM 
PHYFE, DUNCAN

Phyfe, Duncan (1768–1854) ialah pembuat

kabinet dan pereka bentuk perabot Amerika yang

terkenal. Phyfe mempopularkan gaya Persekutuan

pada perabot Amerika. Dia meniru gaya ini

daripada gaya neoklasik Inggeris yang terdapat

pada pertengahan tahun 1700-an.

UMUM 
DE HAVILLAND, SIR GEOFFREY

De Havilland, Sir Geoffrey (1882–1965) ialah

pereka bentuk dan pembuat kapal terbang British

yang terkenal. Dia membina kapal terbangnya

yang pertama pada tahun 1908 – hanya lima

tahun selepas penerbangan yang pertama

berjaya dilakukan.

UMUM 
EVANS, OLIVER

Evans, Oliver (1755–1819), pereka Amerika

Syarikat, juruteknik kilang, dan pereka bentuk

enjin stim. Evans membuat kereta yang mungkin

merupakan kenderaan darat yang pertama di

Amerika Syarikat (lihat Kereta [Kereta stim]).

UMUM 
NIEMEYER, OSCAR

Niemeyer, Oscar (1907– ), arkitek Brazil. Dia

terkenal sebagai pereka bentuk bangunan utama di

Brasilia , ibu negara Brazil (lihat Brasilia ). Niemeyer

sering menggunakan bentuk berhias bagi

keseluruhan bangunan, dan dalam unsur seni bina

yang berulang-ulang. Dia pernah mengatakan

bahawa reka bentuknya diilhamkan oleh keadaan

iklim dan sosial Brazil, dan warisan kolonial seni

barok di Brazil.

UMUM 
DAGUERRE, LOUIS JACQUES MANDÉ

Daguerre, Louis Jacques Mandé (1787–

1851), pereka bentuk pentas dan pelukis Perancis

yang pertama memperkenalkan bentuk fotograf

yang popular. Gambarnya dikenali sebagai

‘daguerreotaip’.

UMUM 
SHERATON, THOMAS

Sheraton, Thomas (1751–1806), pereka bentuk

perabot Inggeris. Reputasinya adalah berasaskan

pada sebuah buku reka bentuk perabot yang

berpengaruh, yang dikenali The Cabinet-Maker

and Upholsterer’s Drawing Book (1791–1794).

Seperti buku reka bentuk lain pada akhir tahun

1700-an, buku Drawing Book mengutarakan

cita rasa semasa dalam gaya perabot. Perabot yang

mengikut gaya yang dinyatakan dalam buku

tersebut dikenali sebagai Sheraton.

UMUM 
ART DECO

Art deco, juga disebut sebagai style moderne ,

ialah sejenis gaya reka bentuk yang popular pada

tahun 1920-an dan tahun 1930-an. Ia digunakan

terutamanya pada perabot, barang kemas,

tembikar, dan tekstil. Kebanyakan pereka bentuk

art deco menghasilkan objek yang boleh

dikeluarkan secara besar-besaran, bukannya

karya tunggal seperti lukisan dan seni.

UMUM 
SHUTE, NEVIL

Shute, Nevil (1899–1960) ialah penulis Inggeris

yang menghasilkan novel paling laris tentang

pengembaraan dan cerita yang penuh ketegangan.

Dia menerbitkan novel sulungnya, Marazan pada

tahun 1926. Dia berjaya menghasilkan lebih

daripada 20 buah novel yang terkenal termasuk

No Highway (1948), A Town Like Alice (1949), dan

On the Beach (1953). Shute lahir di Ealing, London.

Nama penuhnya ialah Nevil Shute Norway. Dia

mendapat ijazah dari Oxford University selepas

berkhidmat sebagai juruterbang semasa Perang

Dunia I. Dia berjaya dalam kerjayanya sebagai

pereka bentuk dan pembuat pesawat terbang.

Pengetahuannya yang khusus menghasilkan novel

yang benar-benar tulen. Semasa Perang Dunia II,

dia bertugas sebagai pereka bentuk senjata

dengan Tentera Laut. Selepas perang, dia menetap

di Australia.

UMUM 
12

Kembali ke atas