PEREKAT | Perekat ialah bahan yang melekatkan permukaan. Perekat, yang termasuk bahan seperti simen, epoksi, glu dan pes, digunakan dengan meluas dalam industri dan di rumah. Ia memainkan peranan penting dalam pembuatan kapal terbang, kereta, buku, dan perabot dan dalam pembinaan bangunan dan jalan raya. Ramai orang menggunakan epoksi dan glu untuk melakukan kerja pembaikan mudah di rumah. | UMUM | |
DAKWAT | Dakwat ialah cecair, serbuk atau perekat berwarna yang digunakan untuk menulis, melukis atau mencetak. Terdapat beribu-ribu jenis dakwat, sebahagiannya digunakan untuk mencetak akhbar dan majalah atau untuk menulis dengan menggunakan pen mata bulat dan pena. | UMUM | |
PLASTER PARIS | Plaster Paris ialah serbuk berwarna putih yang menjadi keras dalam masa beberapa minit apabila dicampurkan dengan air untuk membuat perekat. Plaster ini digunakan untuk membuat bentuk arca yang kecil, membuat acuan pembedahan, dan kegunaan lain. | UMUM | |
KATAK POKOK | Katak pokok ialah amfibia (haiwan yang hidup di darat dan di air) yang menghabiskan banyak masanya di atas pokok. Terdapat beberapa ratus spesies (jenis) katak pokok. Kebanyakannya mempunyai pad melekit, yang dinamakan cakera perekat pada jari kakinya, yang membantu katak ini memanjat. | UMUM | |
RESIN SINTETIK | Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain, kertas dan logam. | UMUM | |
PAJANG | PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut ‘yoni’. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |