ARGUS | Argus ialah raksasa besar dalam mitologi Yunani. Ia mempunyai 100 biji mata dan dikenali sebagai Panoptes, yang bermakna melihat segalanya. Dewi Hera menugaskan Argus menjaga pesaing yang dibencinya, Puteri Io yang cantik, yang juga perempuan simpanan suaminya, Zeus. Atas alasan ini, perkataan argus kadangkala digunakan untuk menerangkan penjaga yang sentiasa berjaga-jaga. | UMUM | |
KISAENG | Kisaeng, gelaran untuk wanita Korea yang memberikan khidmat layanan dan menjadi perempuan simpanan golongan lelaki. | BUDAYA | Konsep |
GUNDIK | GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BRAUN, EVA | Braun, Eva (1912–1945) ialah perempuan simpanan Adolf Hitler, diktator Jerman dari tahun 1933 hingga tahun 1945. | UMUM | |