Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ré.nang] | ڤرينڠ

Definisi : (perénang); centang-~ = simpang-~ berantakan; ®centang I, simpang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ré.nang] | ڤرينڠ

Definisi : ahli sukan renang, ahli renang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ré.nang] | ڤرينڠ

Definisi : orang yg pandai berenang; ahli pasukan renang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perenang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RENANG SELAT

Renang selat secara amnya merujuk kepada

berenang untuk menyeberangi Selat Inggeris.

Perenang-perenang jarak jauh dunia menganggap

acara renang ini sebagai salah satu cabaran yang

paling besar bagi kerjaya mereka. Dalam beberapa

tahun, seramai 50 orang mencuba untuk

menyeberanginya. Lima daripada enam percubaan

itu gagal. Hari ini, kebanyakan perenang yang berjaya

berenang menyeberanginya dengan teknik yang

lebih baik, dalam masa separuh daripada yang

diambil oleh perenang selat yang pertama, iaitu

Matthew Webb yang merenanginya pada tahun 1875.

UMUM 
EDERLE, GERTRUDE CAROLINEEderle, Gertrude Caroline (1906-2003) iaIah perenang terkenal Amerika dan perenang wanita pertama berenang menyeberangi Selat Inggeris.UMUM 
ARMSTRONG, DUNCAN

Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang

warga Australia yang memenangi pingat emas

dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter

gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru

dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia

juga memenangi pingat perak dalam acara 400

meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan

Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan

memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400

meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota

pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia.

Armstrong lahir di Brisbane.

UMUM 
ANJING LAUT

Anjing laut ialah mamalia laut yang kelihatan

licin berkilat dengan badannya berbentuk seperti

tornado. Anjing laut ialah perenang yang

terhandal dan menghabiskan banyak masa dalam

air.

UMUM 

Kembali ke atas