Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.reng.gan] | ڤرڠݢن

Definisi : 1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, mem­bataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan me­merenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.reng.gan] | ڤرڠݢن

Definisi : 1 had atau peringkat yg terakhir bagi sesuatu; sempadan; batas: ~ negeri sempadan negeri. 2 bahagian drpd sesuatu karangan yg terdiri drpd beberapa baris; penggal: Syarat-syarat yg diperlukan itu ada dinyatakan dlm ~ kedua, bab pertama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perenggan (kata nama)
1. Bersinonim dengan paragraf: rangkap, untai, stanza, wacana, teks,

2. Bersinonim dengan batas: takat, had, perhinggaan, sempadan, enggat, terat, tanggat, sakat,

Kata Terbitan : berperenggankan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERENGGAN

Perenggan ialah sebahagian daripada karya

tertulis yang terdiri daripada satu atau lebih ayat

yang dibina atau disusun untuk berfungsi sebagai

satu unit. Baris pertama biasanya diengsot.

Perkara atau tajuk perenggan biasanya dinyatakan

dalam ayat pertama, yang dinamakan tajuk ayat .

Perenggan berbeza-beza panjangnya daripada

satu kata yang digunakan untuk penekanan

seperti “Never”, hingga kepada beberapa ratus

kata. Tetapi kebanyakan perenggan panjangnya

dari 100 kata hingga 200 kata.

UMUM 

Kembali ke atas