Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.fi.le.man] | ڤرفيلمن

Definisi : (segala hal) mengenai filem (wayang gambar): perusahaan ~ itu dibiayai oleh orang Jepun; masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.fi.le.man] | ڤرفيلمن

Definisi : . segala hal ttg filem: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perfileman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INDUSTRI PERFILEMAN UMUM 
MONROE, MARILYN

Monroe, Marilyn (1926–1962) ialah pelakon

filem wanita Amerika. Kecantikannya menjadikan

dia simbol seks yang masyhur di seluruh dunia.

Tetapi walaupun dia

berjaya dalam dunia

perfileman, Monroe

mempunyai kehidupan

yang tragik. Dia mati

ketika berusia 36 tahun

akibat memakan pil tidur

secara berlebihan.

UMUM 
BOLLYWOOD

Bollywood ialah nama industri perfileman Hindi yang berpusat di Mumbai, India.

KESENIANInstitusi/Organisasi
KORDA, SIR ALEXANDER

Korda, Sir Alexander (1893–1956) ialah

penerbit dan pengarah keturunan Hungary

yang memperkenalkan kaedah pembikinan

filem Hollywood ke dunia perfileman

British.

UMUM 
FINAS

FINAS, organisasi yang menguruskan hal ehwal perfileman di Malaysia. FINAS ialah singkatan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Perbadanan ini telah ditubuhkan oleh kerajaan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Parlimen 244 dan memulakan operasinya pada 1 November 1981.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
NAJIB MAHFUZ

Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab

yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel

dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia

lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana

Muda Sastera pengkhususan dalam bidang

Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934.

Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan

sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga

Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959.

Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan

Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik

menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada

tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar

al-Ahram.

UMUM 
H.M. ROHAIZAD

H.M. ROHAIZAD (1926-1961), pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dia lahir pada bulan Disember 1926. Nama sebenarnya ialah Syed Mohd. Hamid bin Syed Muhammad al-Sagoff tetapi   lebih dikenal dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman. Dia menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di Shaws Malay Film Production Ltd., Singapura pada 7 Januari 1953.

BUDAYATokoh
OMAR ROJIKOMAR ROJIK (1923  -  1997), pengarah, penulis skrip dan pelakon filem.  Dia lahir pada 30 November 1923 di Kulim, Kedah. Nama sebenarnya ialah Omar bin Ali. Dia memakai nama Omar Rojik sejak berkecimpung dalam dunia perfileman di Singapura. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Sungai Korok Lama, Alor Setar, Kedah hingga Darjah Lima. Kemudian dia meneruskan pelajarannya di St. Michael School, Alor Setar, hingga Darjah Enam. Pendidikannya tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus.BUDAYATokoh
AZIZ SATAR

AZIZ SATAR (1930 -     ), pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada bulan Januari 1930 di Pekalongan, Surabaya, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Abdul Azez bin Satta. Dia mengikuti ayah dan ibunya berhijrah ke Singapura pada tahun 1934 semasa berumur empat tahun. Aziz bersekolah di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura hingga tamat Darjah Lima tetapi persekolahannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Dia pernah bekerja sebagai kedi golf, pemungut bola tenis, pemandu dan pelbagai kerja buruh sebelum memasuki dunia lakonan dan perfileman.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas