Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gan.tu.ngan] | ڤرݢنتوڠن

Definisi : 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gan.tu.ngan] | ڤرݢنتوڠن

Definisi : perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan (bantuan) orang lain: Ibu bapanya satu-satunya tempat ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergantungan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA)

Agensi Tenaga Antarabangsa (International

Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang

dianggotai 21 buah negara pengimport minyak

yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas

dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan

Pembangunan (OECD–Organization for Economic

Cooperation and Development). Anggota IEA

saling berusaha untuk mengurangkan

pergantungan pada minyak dengan menggalakkan

penjimatan penggunaan minyak dan memajukan

sumber tenaga alternatif.

UMUM 
NAWAZ SHARIF

Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri

Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia

dilantik selepas partinya Islamic Democratic

Alliance memperoleh kemenangan yang besar

dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang

diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan

perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga

mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi

nasional, menggalakkan perindustrian, dan

mengurangkan pergantungan bantuan dari luar

negara.

UMUM 
PERKEBUNAN PASARAN

Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur-

sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya,

untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri

daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan

yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza.

Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar

kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di

seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan

penggunaan penyejukan bagi mengekalkan

kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah

mengurangkan pergantungan penduduk bandar

pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran

moden merupakan perniagaan besar, yang

membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad

atau tomato.

UMUM 

Kembali ke atas