PERGERAKAN | Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu objek berkemungkinan berada dalam pergerakan bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan penumpang lain di atas kereta api seperti sedang bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap pada pandangan anda. | UMUM | |
PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI | Pertubuhan negara. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERGERAKAN PENGHAPUSAN PERHAMBAAN | Pergerakan penghapusan perhambaan ialah aktiviti yang berlaku pada tahun 1700-an dan 1800-an bagi mengakhiri perhambaan. Kebanyakan penggeraknya berlaku di Britain dan Amerika Syarikat tetapi pergerakan antiperhambaan juga berlaku di negara-negara lain. | UMUM | |
ALIRAN PERGERAKAN NEGARA (ALIRAN) | Aliran Pergerakan Negara (Aliran), sebuah pergerakan sosial. Pergerakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan menggalakkan tindakan sosial dalam kalangan masyarakat untuk keadilan. Ahli pergerakan ini terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
SONATA | Sonata ialah gubahan instrumental yang mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci, tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo (gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik (Bentuk sonata). | UMUM | |
ALDINGTON, RICHARD | Aldington, Richard (1892–1962), penulis dan penyair Inggeris. Dia seorang tokoh dalam pergerakan imagis, suatu pergerakan yang berkembang antara tahun 1910 hingga tahun 1918. | UMUM | |
PERGERAKAN FENIAN | Pergerakan Fenian ialah kumpulan pejuang yang ditubuhkan oleh nasionalis Ireland untuk membebaskan Ireland daripada pemerintahan Inggeris. Pada akhir tahun 1850-an, negarawan Ireland yang dikenali sebagai Fenian mula merancang revolusi untuk mencapai kemerdekaan. Kumpulan Fenian mendapat namanya daripada Fianna, kumpulan wira mitos orang Ireland (lihat Kesusasteraan Ireland [Kisah kewiraan cinta, dan rupa]). | UMUM | |
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI | Pergerakan dua puluh enam Julai ialah sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh Fidel Castro yang menggulingkan diktator Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba. | UMUM | |
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA | PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya. Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949. Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
TEKTONIK KEPING | Teori perihal pergerakan benua, dalam bentuk keping serta kesan diakibatkan oleh pergerakan tersebut pada kulit Bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Teori/Teorem/Hukum |