PERGIGIAN | Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi, rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak cara, terutamanya melalui kemahiran mereka mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh mencadangkan cara yang betul untuk memberus gigi supaya gigi sihat. | UMUM | |
ORTODONTIK | Ortodontik merupakan satu cabang bidang pergigian yang mencegah dan membetulkan kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi [lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan. | UMUM | |
LIGNOKAINA | Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu. Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat. Lignokaina digunakan di dalam pembedahan dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina digunakan juga untuk merawat denyutan jantung yang tidak normal. | UMUM | |
KEJURURAWATAN | Kejururawatan ialah suatu profesion yang memberi tumpuan terdapat penjagaan orang sakit dan juga pencegahan penyakit. Kebanyakan jururawat bekerja di hospital. Ada juga jururawat menjaga pesakit di kediaman pesakit sendiri. Banyak jururawat yang lain pula membantu doktor di klinik pergigian dan perubatan, di sekolah, di taman bimbingan kanak-kanak, di kedai dan kilang, dalam pasukan angkatan tentera, dan di dalam kapal, kereta api, dan kapal terbang. Jururawat dengan latihan khas boleh juga mengajar di sekolah kejururawatan, iaitu melatih lelaki dan perempuan untuk menjadi jururawat. | UMUM | |
SULAIMAN DAUD | SULAIMAN DAUD, Datuk Amar (1934 - ), ahli politik dan menteri. Dia lahir pada 5 Ogos 1934 di Kuching, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching. Pada tahun 1962, Sulaiman memperoleh Ijazah B.D.S. (Pergigian) dari Otago University, Dunedin, New Zealand. Pada tahun 1965, dia memperoleh ijazah B.Sc. (Public Health) dari University of Toronto, Kanada. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |