Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga diraja Britain dan seorang pegawai tentera, berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya untuk mengekalkan peranan Kanada semasa Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan 1944, dia menjemput Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill untuk menghadiri dua persidangan masa perang yang bersejarah di kediamannya di Quebec. |