Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia. Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan anak, pencarian makanan, penerbangan, pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung, dan rakaman dibuat tentang bunyi burung. |