DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA | Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi, politik dan hak sosial serta kebebasan setiap manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard umum pencapaian untuk semua manusia dan semua negara. | UMUM | |
ADAM MALIK | Adam Malik (1917–1984) ialah negarawan Indonesia, yang menjadi Presiden Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1971 dan 1972. Dia berkhidmat sebagai Menteri Luar Indonesia dari tahun 1963 hingga 1966. Dia menjadi Timbalan Presiden Indonesia dari tahun 1978 hingga 1983. | UMUM | |
RAZALI ISMAIL, TAN SRI | Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996 hingga September 1998. Dia ialah orang keempat dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan tersebut dalam masa 52 tahun semenjak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan pada tahun 1945. | UMUM | |
MANDELA, NELSON | Mandela, Nelson (1918– ), Presiden Afrika Selatan pada tahun 1994. Dia ialah presiden kulit hitam yang pertama dan dipilih melalui Perhimpunan Kebangsaan. | UMUM | |
SURAH AL-HASHR | Surah al-Hashr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-59 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 24 ayat. Surah ini dinamakan al-Hashr (perhimpunan musuh) kerana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir antara golongan Ahl al-Kitab dari kampung halaman mereka pada julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah…”. (Surah al-Hashr 59:20) | UMUM | |
SAYAP KANAN | Sayap kanan merujuk kepada kumpulan yang tradisional, atau parti politik konservatif. Dalam sesetengah dewan perundangan, pihak konservatif ditempatkan di sebelah kanan speaker. Kumpulan radikal dan bebas membentuk kumpulan sayap kiri, manakala kumpulan neutral ditempatkan di bahagian tengah . Kelaziman ini bermula sejak Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada tahun 1789. Dalam perhimpunan itu, golongan bangsawan mengambil tempat yang diberi penghormatan, iaitu di sebelah kanan raja. Lihat juga Konservatisme. | UMUM | |
ALEXANDER II | Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun 1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di Rusia pada tahun 1861. Baginda juga memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil wilayah dan menggalakkan perindustrian. | UMUM | |
STONEHENGE | Stonehenge ialah sebuah tugu purba di Dataran Salisbury di Wiltshire, sebuah kaunti di tenggara England. Ia terdiri daripada sekumpulan batu besar yang dipotong kasar, yang disusun dalam bentuk bulatan. Ahli arkeologi percaya bahawa orang Zaman Purba yang membina Stonehenge ini dan menggunakannya sebagai tempat perhimpunan suku kaum dan pusat agama. Stonehenge ialah yang paling terkenal antara banyak pusat sedemikian di Kepulauan British. | UMUM | |
NEHRU | Nehru ialah nama keluarga empat generasi pemimpin India. Mereka ialah Motilal Nehru, dan tiga perdana menteri: anak lelaki Motilal, Jawarharlal Nehru; cucu perempuannya, Indira Gandhi; dan cicitnya, Rajiv Gandhi. Lihat Gandhi, Indira; Gandhi, Rajiv. Anak perempuan Motilal, iaitu Vijayalakshmi Pandit ialah presiden wanita pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lihat Pandit, Vijayalakshmi. | UMUM | |
PERTEMUAN DUNIA MELAYU | PERTEMUAN DUNIA MELAYU, perhimpunan cendekiawan dunia Melayu dari wilayah kepulauan Melayu. Pertemuan ini meliputi segala aspek budaya Melayu termasuk politik, sosioekonomi, agama, pelajaran, kesenian dan sebagainya. | SASTERA | Karya |