KOMPUTER PERIBADI | Komputer peribadi ialah komputer meja atau komputer riba yang direka bentuk untuk kegunaan umum. Komputer jenis ini digunakan oleh individu, keluarga, sekolah, atau syarikat untuk merekodkan maklumat, menulis laporan, mempelajari perkara baharu, bermain permainan, mengatur cara, atau mengendalikan perkakas rumah. | UMUM | |
REKREASI | Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan secara sukarela untuk keseronokan peribadi, bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan daripada rutin bekerja atau kerja sekolah. | UMUM | |
SURAT-MENYURAT | Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi bertulis. Orang menulis surat untuk urusan perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus niaga umumnya lebih rasmi daripada surat peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk jualan menjual barangan dan surat peringatan. Surat peribadi termasuk surat kiriman antara anggota keluarga atau sahabat, surat undangan, dan nota ucapan terima kasih. | UMUM | |
DUTA | Duta ialah wakil peribadi ketua kerajaan ke sebuah ibu negara lain. | UMUM | |
ASCHAM, ROGER | Ascham, Roger (1515–1568), guru peribadi kepada Puteri Elizabeth. Puteri Elizabeth kemudian Ratu England dikenali sebagai Ratu Elizabeth I. Ascham menjadi pengarang The Schoolmaster (1570). Dalam buku ini, Ascham melahirkan pandangannya tentang pendidikan, berasaskan pengalamannya. Dia menekankan betapa pentingnya pembacaan. Ascham lahir di Kirby Wiske, dekat Northallerton, di Yorkshire Utara. | UMUM | |
KAUNSELING | Kaunseling ialah proses membantu orang ramai untuk meneliti dan memahami masalah peribadi serta memperkembangkan bakat mereka. | UMUM | |
RICE, ELAMER | Rice, Elamer (1892–1967) ialah dramatis Amerika yang memperjuangkan kebebasan moral, sosial, dan peribadi. | UMUM | |
PUSAT DOKUMENTASI SASTERA H.B. JASSIN | PUSAT DOKUMENTASI SASTERA H.B. JASSIN, dokumentasi bahan sastera. Sebelum mendokumentasikan karya sastera, sejak tahun 1933, H. B. Jassin sudah mula mendokumentasikan buku hariannya, tulisannya dalam akhbar dan majalah, buku sekolah, buku-buku tulisan yang berisi karangan yang ditulisnya di dalam kelas, surat peribadi dan foto peribadi. Kecintaan H. B. Jassin terhadap dokumentasi mungkin didorong oleh ayahnya sendiri yang mempunyai perpustakaan peribadi waktu itu. | SASTERA | Karya |
EVELYN, JOHN | Evelyn, John (1620–1706), penulis Inggeris yang masyhur kerana diarinya yang merakamkan kisah peribadi hidupnya. | UMUM | |
OUTWARD BOUND TRUST | Outward Bound Trust mengendalikan sekumpulan sekolah di United Kingdom yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak- anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain untuk menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |