Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker kerana sebahagian daripada dietnya ialah sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini dengan membuat lubang kecil yang dinamakan perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah. Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih. Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok. |