Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rin.tah] | ڤرينته

Definisi : 1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan, suruhan: guru memberi ~ “lompat” dan murid sekalian serentak melompat; manusia dipertanggungjawabkan oleh agama supaya melaksanakan segala ~ Tuhan; atas ~ dgn perintah, utk melaksanakan segala perintah; di bawah ~ a) diarahkan oleh; b) di bawah pimpinan; c) masuk dalam lingkungan (kawalan); surat ~ surat yg mengandungi perintah; 2. peraturan drpd kerajaan atau pihak yg berkuasa yg harus dipatuhi: kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan semua tunjuk perasaan di seluruh negara; 3. kata-kata suruhan (dlm perbarisan dll), aba-aba, komando; ~ berkurung perintah yg melarang orang ke­luar dr rumah pd masa-masa yg ditentukan; ~ halus perintah yg berupa nasihat (cadangan dll); ~ keras perintah yg mesti dipatuhi; seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dll): menurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak; memerintah 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melaku­kan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri; memerintahi 1. memberi (mengeluarkan) perintah kpd: sbg ketua ia ~ orang-orang di bawahnya; 2. membawahkan, memimpin; 3. ark memerintah (menguasai dan mengen­dalikan): selama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun; memerintahkan 1. memberikan perintah kpd, mengarahkan supaya mengerjakan: ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh; 2. memerintah (menguasai dan men­tadbir negeri dll): duduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja; 3. mengelolakan, mengurus (kawasan dll); terperintah diperintah, dikuasai: bagi saya orang yg ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti; pemerintahan perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pe­merintahan yg tidak dibatasi oleh undang-undang; pemerintah 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.tah] | ڤرينته

Definisi : 1 perkataan dsb yg bermaksud menyuruh melakukan sesuatu: Kita hendaklah sentiasa melaksanakan ~ Allah. 2 peraturan atau arahan drpd pihak yg berkuasa yg mesti dipatuhi: Kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan pemogokan. memerintah 1 menyuruh (seseorang) melakukan sesuatu; mengeluarkan perintah kpd: Sesiapa pun tidak berani ~ dia. 2 menguasai serta menjalankan pentadbiran sesebuah negara: Baginda telah ~ negeri itu selama dua belas tahun. memerintahkan mengeluarkan perintah atau arahan; mengarahkan supaya melakukan sesuatu: Menteri Dalam Negeri telah ~ penangkapan orang-orang yg disyaki membahayakan negara. pemerintahan perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. pemerintah orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perintah (kata nama)
1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando,
Berantonim dengan larangan

2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,

Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah,

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAT PERINTAH

Ayat perintah ialah ayat yang memberikan perintah, arahan atau menyatakan larangan.

BAHASAKonsep
PERINTAH BERKURUNG

Perintah berkurung ialah satu tempoh dari

siang hari yang membawa ke petang dan

berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud

padamkan apa yang sedang menyala . Pada

permulaan waktu perintah berkurung, loceng

dibunyikan memberitahu penduduk supaya

memadamkan lampu, menutupi api dan tidak

berada di jalan raya sehingga hari siang.

UMUM 
MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada

cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan

tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah

SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya

dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah

kepada mereka. Beriman kepada para malaikat

merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman

seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat.

UMUM 
SAMAN

Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang

pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang

yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut

bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang

berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk

memberi keterangan. Surat saman mungkin

digunakan untuk kesalahan jalan raya atau

kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat

tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak

hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh

memerintahkan orang tersebut ditangkap.

UMUM 
SEPINA

Sepina ialah perintah undang-undang bertulis

atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi

testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut

berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub ,

yang bermakna di bawah , dan peona yang

bermakna denda atau penalti . Seseorang yang

menerima sepina hendaklah mematuhinya,

dengan pengertian dia akan menerima penalti

kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa

Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum

(bermakna membawa bersama-sama anda dengan

penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke

mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas,

buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain.

Lihat juga Saksi .

UMUM 
DRAF

Draf merupakan perintah bertulis yang dibuat

oleh satu pihak untuk mengarahkan pihak kedua

untuk membayar sejumlah wang yang ditentukan

kepada pihak ketiga.

UMUM 
TAULIAH TENTERA

Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang

memberikan pangkat kepada seseorang pegawai

dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai

menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu

diperbaharui. Istilah in commission apabila

digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal

terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang

telah bersedia untuk bertempur.

UMUM 
MANDAMUS

Mandamus ialah suatu perintah mahkamah yang

menghendaki seseorang, mahkamah rendah,

pegawai kerajaan atau pegawai swasta melakukan

kerja-kerja awam.

UMUM 
EDICT OF WORMSEdict of Worms iaIah satu dekri (perintah) yang mengisytiharkan pemimpin Reformasi agama Kristian, Martin Luther seorang yang menyeleweng daripada agama Kristian, dan memerintahkan supaya dia dan pengikutnya tidak diberi perlindungan undang-undang.UMUM 
EJAAN SOEWANDI

EJAAN SOEWANDI,  sistem ejaan dengan menggunakan huruf Rumi untuk bahasa Indonesia setelah Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264/Bhg. A yang ditandatangani oleh Soewandi, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mac 1947.

BAHASABahasa
123

Kembali ke atas