AGENSI PERISIKAN PUSAT [CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY–(CIA)] | Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence Agency-(CIA)) ialah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang politik, ekonomi, dan ketenteraan lebih daripada 150 buah negara asing, serta menilainya bagi kegunaan agensi kerajaan yang lain. Maklumat seperti ini dikenali sebagai perisikan. Ia melibatkan keselamatan negara, dan kebanyakan maklumat itu dikelaskan (rahsia). CIA menggunakan ramai perisik asing untuk mendapatkan maklumat tentang negara mereka sendiri. | UMUM | |
PERKHIDMATAN PERISIKAN | Perkhidmatan perisikan ialah agensi yang peranan utamanya mengumpul dan menilai maklumat untuk diberikan kepada pemimpin- pemimpin politik dan tentera sesebuah negara. Pemimpin-pemimpin tersebut akan menggunakan maklumat yang dinamakan risikan bagi membuat keputusan dan membentuk dasar dalam peperangan, hal-ehwal luar negeri dan juga dalam kerajaan. | UMUM | |
DEIGHTON, LEN | Deighton, Len (1929– ) ialah pengarang Inggeris yang dikenali dengan novel perisikan dan novel perang. Dia tergolong dalam kumpulan penulis novel antiromantik yang memaparkan kegiatan perisikan, sebagai kegiatan yang tidak glamor dan kejam | UMUM | |
PERISIK | Perisik ialah orang yang mengumpulkan maklumat yang bernilai untuk kepimpinan politik negara yang dia memberikan khidmatnya. Dalam masa aman, perisikan melibatkan pelbagai kegiatan pengumpulan maklumat. Kegiatan ini termasuk peninjauan dan pengintipan dari udara dan satelit dan juga pengintipan menggunakan alat elektronik. | UMUM | |
PROJEK 238 | PROJEK 238, novel karya B.H. Amir. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1989. Novel ini tergolong sebagai sebuah novel perisikan yang bersifat futuristik. | SASTERA | Karya |
PARK CHUNG HEE | Park Chung Hee (1917–1979) menjadi presiden Korea Selatan dari tahun 1963 hingga tahun 1979. Dia mengambil kuasa sebagai ketua negara pada tahun 1961 setelah memimpin pemberontakan tentera menentang kerajaan awam. Pada tahun 1979, Park dibunuh oleh ketua Agensi Perisikan Pusat negara tersebut. | UMUM | |