| AYYAM AL-‘ARAB | Ayyam al-‘Arab ialah peristiwa, serangan dan pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini disampaikan oleh para pencerita Arab dan diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku antara orang Arab ‘Adnan (Arab utara) disebabkan kekurangan sumber kekayaan di padang pasir. Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al- ‘Arab . | UMUM | |
| PERISTIWA TRENT | Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia hampir mengheret England dalam konflik di Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M. Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan misi mendapatkan bantuan Perancis dan England yang berkecuali agar membantu pihak Selatan. Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba . Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto menahan kapal British itu tanpa arahan untuk berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts. Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di lautan kerana England adalah negara berkecuali. | UMUM | |
| PERISTIWA PETROV | Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? – 1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia. | UMUM | |
| PERISTIWA | Akan dikemaskini | MATEMATIK | Konsep |
| KEBARANGKALIAN | Kebarangkalian. Apabila kita menyatakan bahawa satu peristiwa itu lebih berkemungkinan berlaku daripada satu peristiwa yang lain, ini bermakna bahawa peristiwa itu lebih berkemungkinan akan berlaku. | UMUM | |
| PERISTIWA PASIR SALAK | PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875. Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan. Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
| PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG | PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama kerana membalas dendam. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1699 bersamaan hari Jumaat, di Kota Tinggi, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
| PERISTIWA MEMALI | PERISTIWA MEMALI, peristiwa berdarah yang berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, pada bulan November 1985. Peristiwa ini dicetuskan oleh Ibrahim Mahmood dan pengikutnya yang menggunakan agama untuk tujuan politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
| SURAH MARYAM | Surah Maryam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-19 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 98 ayat. Surah ini dinamakan Maryam sebagai memperingati peristiwa mukjizat kejadian bayi yang lahir tanpa bapa, dan kekuasaan Allah S.W.T. yang menjadikan bayi yang masih kecil itu boleh bertutur serta peristiwa-peristiwa luar biasa lain yang mengiringi kelahiran Isa a.s. | UMUM | |
| PERISTIWA XYZ | Peristiwa XYZ ialah nama yang diberikan kepada satu pertukaran usul diplomatik yang kontroversi antara Perancis dengan Amerika Syarikat pada tahun 1797. Ketiga-tiga orang ejen Perancis yang terlibat dikenali sebagai X, Y dan Z. | UMUM | |