Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peristiwa (kata nama)
Bersinonim dengan kejadian, hal, perkara, pengalaman, insidens, kes.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
M.

M. ialah kependekan bagi Masihi. Pada tahun 532,

paderi Dionysius Exiguus memulakan sistem

menarikhkan peristiwa dalam agama Kristian,

bermula dengan tahun yang dipercayainya Christ

dilahirkan. Dia menamakan tahun selepas peristiwa

anno Domini dalam bahasa Latin, yang bermakna

dalam tahun tuhan kita.

UMUM 
S.M.

S.M.ialah singkatan bagi Sebelum Masihi (B.C

dalam bahasa Inggeris adalah singkatan bagi

Before Christ ). Pada tahun 532 M., seorang rahib

bernama Dionysius Exiguus berusaha mencipta

satu sistem Kristian untuk mentarikhkan peristiwaperistiwa

yang bermula dengan tahun yang

dipercayainya adalah tahun Christ dilahirkan. Dia

menamakan tahun-tahun selepas peristiwa ini anno

Domini (dalam tahun Tuhan kita), seperti A.D. 532

(atau 532 M. dalam bahasa Melayu). Tahun-tahun

sebelum kelahiran Christ dinamakan Before Christ

dalam bahasa Inggeris atau Sebelum Masihi,

seperti pada tahun 400 B.C/S.M.

UMUM 
PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU, persidangan yang menilai serta mengkaji kedudukan dan perkembangan semasa dalam berbagai-bagai-bagai aspek bidang pengajian Melayu.  Persidangan ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 1989 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Persidangan yang bertemakan “Melayu: Persoalan Warisan dan Kini”, menyatakan pentingnya kepekaan terhadap kesinambungan perkembangan dunia Melayu dari dahulu hingga kini.

BAHASAPeristiwa
SANGKURIANG

SANGKURIANG, legenda Sunda.  Dalam bahasa Sunda disebut “dogeng sasakala”.  Pada umumnya cerita dongeng ini mempertemukan dua gejala alam yang hadir di suatu tempat, iaitu gunung dan air (danau atau lubuk).

SASTERAPeristiwa

Kembali ke atas