Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.isy.ti.ha.ran] | ڤرايشتيهارن

Definisi : pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.isy.ti.ha.ran] | ڤرايشتيهارن

Definisi : sesuatu yg diisytiharkan; pernyataan: Mereka mendengar ~ itu dgn khusyuk sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perisytiharan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Perisytiharan Kemerdekaan ialah dokumen

bersejarah bagi tanah jajahan British di Amerika

yang mengisytiharkan kebebasan daripada

pemerintahan British. Kongres Benua Kedua adalah

satu perjumpaan perwakilan dari setiap tanah

jajahan yang menetapkan hari perisytiharan itu

pada 4 Julai 1776. Tarikh ini diraikan sebagai tarikh

kelahiran Amerika Syarikat.

UMUM 
SHERMAN, ROGER

Sherman, Roger (1721–1793ialah satu-satunya individu

yang menandatangani kesemua empat

dokumen yang masyhur berhubung dengan

Revolusi Amerika: Artikel Persatuan (1774),

Perisytiharan Kemerdekaan (1776), Artikel

Konfederasi (1777), dan Perlembagaan Amerika

Syarikat (1787). Sherman lahir di Newton,

Massachusetts. Pada tahun 1743, dia berpindah ke

Connecticut, dan berjaya menjadi terkenal dalam

bidang perniagaan dan politik. Sherman adalah

hakim Mahkamah Tinggi Connecticut dari tahun

1766 hingga tahun 1789.

UMUM 
PERKARA-PERKARA KONFEDERASI

Perkara-perkara Konfederasi ialah perjanjian

oleh 13 tanah jajahan asal Amerika pada tahun 1781

bagi membentuk kerajaan negeri. Gabungan ini

dikenali sebagai Amerika Syarikat; nama yang

digunakan dalam Perisytiharan Kemerdekaan.

Perkara-perkara tersebut bertindak sebagai undang-

undang dasar kepada negara yang baharu ini

sehinggalah Perlembagaan Amerika Syarikat mula

berkuat kuasa pada tahun 1788. Di bawah Perkara-

perkara Konfederasi, Kongres Konfederasi

menjalankan pentadbiran kerajaan.

UMUM 
ATLANTIC CHARTER

Atlantic Charter (Piagam Atlantik) menyatakan

tujuan Amerika Syarikat dan Great Britain selepas

Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat Franklin

D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston

Churchill menerima pakai perisytiharan ini pada

bulan Ogos 1941 dalam satu persidangan di atas

kapal dekat pantai provinsi Newfoundland, Kanada.

Teks lengkap piagam ini diberikan di bawah.

UMUM 
ADAMS, SAMUEL

Adams,  Samuel (1722–1803) ialah patriot dan

ahli politik Amerika yang mencetuskan tentangan

terhadap pemerintahan British di tanah jajahan

Amerika Utara. Walau bagaimanapun, Adams mencuba

menjadikan rakyat berusaha menuntut hak mereka

secara aman melalui jawatankuasa dan mesyuarat

lain. Dia sanggup menjustifikasi tentangan secara

keganasan terhadap Great Britain hanya jika segala

usaha lain gagal. Adams ialah penandatangan

Perisytiharan Kemerdekaan.

UMUM 
PERJANJIAN LINGGARJATI

PERJANJIAN LINGGARJATI (1947), perjanjian antara Indonesia dengan Belanda, ditandatangani pada 25 Mac 1947.  perjanjian ini ditandatangani kerana Belanda tidak mengiktiraf perisytiharan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.  Linggarjati ialah nama asal sebuah kota di daerah Kuningan, selatan Cirebon dalam wilayah Jawa Barat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu.  Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
YADIMYADIM, yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam.  YADIM ialah singkatan bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.  Perisytiharan penubuhannya telah dibuat oleh Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak bin Hussein pada 25 Januari 1974.  Ia ditubuhkan di bawah Trustee Incorporation Ordinance, dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas