| SHERWOOD, ROBERT EMMET | Sherwood, Robert Emmet (1896–1955), penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika yang menekankan keburukan peperangan dalam penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936) meratapi ketibaan meletusnya peperangan di Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan peperangan. There Shall Be No Night (1940) menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood terhadap apa yang disebut sebagai keinginan setiap manusia untuk melarikan diri daripada kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi Hadiah Pulitzer. | UMUM | |
| SA'ID IBN AL-MUSAYYAB (13–94 H. / 635–713 M. | Sa’id ibn al-Musayyab (13–94 H. / 635–713 M.), ketua ahli fiqh, ketua para tabi’in dan periwayat hadith. Nama penuhnya ialah Sa‘id ibn al-Musayyab ibn Hazn ibn Abi Wahab al-Makhzumi al-Qurashi. Bapa dan datuknya adalah dua orang sahabat nabi yang memeluk Islam pada hari pembukaan kota Makkah. Sa‘id mendengar hadith daripada ‘Umar ketika dia berkhutbah. Dia juga mendengar hadith daripada ‘Uthman ibn ‘Affan, ‘Ali ibn Abi Talib, Zaid ibn Thabit, ‘Aisyah, Sa‘ad ibn Abi Waqqas, Abu Hurairah (suami kepada anak perempuannya dan orang yang paling mengetahui tentang hadithnya) dan lain-lain lagi dari kalangan sahabat. | UMUM | |
| SULAYMAN IBN AL-ASH‘ATH | Sulayman ibn al-Ash‘ath (202–275 H./817–889 M.), penyusun Sunan al-Sittah (enam buah kitab hadith) yang masyhur. Nama penuhnya ialah Sulayman ibn al-Ash’ath ibn Shidad ibn ‘Amru Al- Azdiy Abu Dawud. Dia berbangsa Sajistani dan merupakan seorang imam yang penting dalam bidang ilmu hadith. Dia meriwayatkan hadith yang diambil daripada al-Qa’nabiy, Ahmad, Yahya, Ibnu Madaniy dan lain-lain. Sementara itu, ramai periwayat hadith yang mengambil hadith daripadanya seperti al-Tirmidhy, Abu Bakar (anaknya sendiri), Abu ‘Awwanah dan satu kumpulan perawi. | UMUM | |