Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ju.dian] | ڤرجودين

Definisi : 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ju.dian] | ڤرجودين

Definisi : 1 perbuatan atau hal berjudi. 2 tempat berjudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perjudian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJUDIAN BOLA SEPAK

Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk

perjudian yang popular di United Kingdom.

Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam

perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan

sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan

keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang

yang bermain judi ini mendengar dengan cemas

siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu

pada musim perlawanan bola sepak. Mereka

berharap telah membuat ramalan yang tepat dan

memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila

banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana

cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas

yang dikenali sebagai panel perjudian membuat

penetapan tentang keputusan yang mungkin

tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar

diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi

berasaskan keputusan panel tersebut.

UMUM 
PERJUDIAN

Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu

permainan, peristiwa, atau kejadian secara

kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh

duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan

dibuat pada permainan menguji nasib seperti

loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan

acara sukan yang lain.

UMUM 
NEVADA

Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat

Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di

Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang

yang membenarkan hampir segala jenis perjudian

di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di

Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai

pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan,

Nevada merupakan salah satu negeri Amerika

Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya

adalah antara yang terkecil berbanding dengan

negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama

tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno

ialah bandar kedua terbesar.

UMUM 
PERANG TANDING

Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan

bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan

mengikut satu set undang-undang atau peraturan

dan biasanya dilakukan dengan kehadiran

beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu

hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan

biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi

dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka

menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding

boleh berpunca daripada pertelingkahan

mengenai harta, menuduh seseorang sebagai

pengecut, gangguan terhadap keluarga atau

maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian.

UMUM 
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 

Kembali ke atas