Stein, Sir Aurel (1862–1943) ialah orientalis, penjelajah, dan ahli arkeologi Romania. Dia menjalankan penyelidikan geografi di Kashmir dan sempadan barat laut India. Dia juga menemui perkaitan yang mungkin wujud antara tamadun di sepanjang Sungai Indus dengan Sungai Euphrates di Baluchistan dan Parsi. Stein merupakan perintis yang membuat peninjauan dari udara untuk penyelidikan geografi. Buku Stein termasuk An Archaeological Tour in Gedrosia (1931) dan On Old Routes of Western Iran (1940). Stein lahir di Budapest, Hungary dan menuntut di Dresden, Jerman. Dia menjadi rakyat British pada tahun 1904. |