Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.ka.san] | ڤرکاکسن

Definisi : 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ka.san] | ڤرکاکسن

Definisi : 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINGER, ISAAC MERRIT

Singer, Isaac Merrit (1811–1875), orang

Amerika yang mencipta perkakasan mesin jahit

dengan lebih universal.

UMUM 
KEJURUTERAAN

Kejuruteraan ialah kerjaya yang

mengaplikasikan pengetahuan saintifik untuk

sesuatu manfaat. Perkataan engineering dalam

bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin

ingeniare yang bermaksud mereka atau mencipta.

Jurutera mengaplikasi prinsip ilmu sains dalam

mereka struktur, jentera dan semua produk yang

dikeluarkan. Mereka juga sentiasa mencari jalan

terbaik dalam menggunakan sumber sedia ada dan

sentiasa membangunkan bahan-bahan baru.

Jurutera mempunyai peranan secara langsung

dalam penciptaan teknologi moden yang

melibatkan perkakasan, bahan, teknik, dan sumber

kuasa yang memudahkan kehidupan kita (lihat

Teknologi).

UMUM 

Kembali ke atas