ARNOLD, HENRY HARLEY | Arnold, Henry Harley (1886–1950), mengembangkan Kor Udara Tentera Amerika Syarikat yang kecil menjadi Angkatan Udara yang besar lagi perkasa. Arnold menjadi pemerintah Angkatan Udara Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II (1939–1945). Dia adalah satu-satunya orang yang menjadi Jeneral Tentera Darat dan Jeneral Angkatan Udara. | UMUM | |
ISTANA MAIMOON | ISTANA MAIMOON, istana milik Sultan Mahmud al-Rashid Perkasa Alam Syah (Sultan Deli), terletak di jalan Brigadir Jeneral Katamso, Medan, Sumatera Utara. Istana yang didirikan pada tahun 1869 diberi nama Maimoon sempena nama almarhum isterinya, Maimunah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
MASJID RAYA AL-MANSHUN | MASJID RAYA AL-MANSHUN, masjid tertua di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Masjid ini didirikan oleh Belanda untuk Sultan Deli, Sultan Makmun al-Rasyid Perkasa Alam Syah (1873-1924). Masjid ini didirikan di kawasan tanah seluas lebih kurang enam hektar dan terdapat beberapa bangunan lain di sekitar masjid. Masjid ini pertama kali digunakan untuk solat Jumaat pada 10 September 1909 (10 Syaaban 1325 H.). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS | UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS, penerbit dan pengedar buku. Ia ditubuhkan pada 29 Mei 1976 dan merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Syarikat ini beralamat di No. 18, Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
DATO' BAHAMAN | DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CHE BONG NGA | CHE BONG NGA ( ? -1390), Raja Campa (m.m. 1360-1390). Menurut dokumen China, baginda dikenal sebagai Ngo-ta Ngo-tcho; dan Po Binasuor dalam dokumen bahasa Cam. Dia pernah diberi gelaran 'Pahlawan Perkasa' dalam catatan Cam. Dalam Syair Siti Zubaidah Perang China dia dikenal sebagai Sultan Zainal Abidin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SURAH AL-DHARIYAT | Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al- Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda. Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan. | UMUM | |