EMBRIO | Embrio ialah haiwan atau tumbuhan pada peringkat awal perkembangannya. Embrio terbentuk daripada pembiakan seks apabila sel sperma jantan bersatu dengan sel telur betina atau ovum. Penyatuan ini dinamakan persenyawaan. | UMUM | |
SAINS BUMI | Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat luas yang menggabungkan banyak bidang pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi, meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal. | UMUM | |
EMBRIOLOGI | Embriologi ialah satu kajian tentang organisma banyak sel semasa peringkat awal perkembangannya. | UMUM | |
AUSTRALIA, ANGKATAN BERSENJATA | Australia, Angkatan bersenjata adalah kecil tetapi maju dalam teknologi. Perancangan untuk perkembangannya didasarkan pada pengekalan angkatan yang akan memberi khidmat kepada keperluan semasa dan darurat. | UMUM | |
KABA MINANGKABAU | KABA MINANGKABAU, satu bentuk sastera lisan Minangkabau, Secara etimologis perkataan kaba berasal daripada bahasa Arab “khabarun” yang bererti berita, warta atau khabar. Dalam perkembangannya kemudian, kaba tidak lagi berupa berita, tetapi merupakan cerita. Kaba berbentuk lirik prosa, berirama dan bermatra. Lirik kaba pula biasanya terdiri 8, 9 dan 10 suku kata. | SASTERA | Karya |
TARIAN TRADISIONAL | TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BALAI | BALAI, tempat ketua-ketua masyarakat bermesyuarat, atau tempat upacara-upacara adat dilakukan. Balai sudah digunakan sejak zaman masyarakat penutur-penutur bahasa Proto Austronesia. Pada zaman terawal kerajaan Sriwijaya, balai mula mempunyai sejarah perkembangannya. Ini disebabkan adanya perubahan kepimpinan yang melibatkan penubuhan institusi beraja hasil daripada pertembungan kebudayaan Melayu dengan kebudayaan Hindu. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PASURUAN | PASURUAN, kotamadya dan kabupaten yang terletak di pantai utara Jawa Timur, Indonesia. Sejarah perkembangannya boleh ditelusuri sehingga zaman kerajaan Airlangga. Pada ketika itu, Pasuruan disebut Paravan. Ada juga yang menamakannya sebagai kota Gembong, kerana kota ini dilalui oleh Sungai Gembong. Ketika itu, terdapat pelabuhan besar di Pasuruan yang boleh menghubungkannya dengan pulau-pulau lain yang dijajah oleh Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG | DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG, dibahagikan kepada tiga, iaitu dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa, dialek Melayu berdasarkan masyarakat atau sosial, dan dialek Melayu berdasarkan daerah atau geografi. Dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa ialah berpusat di Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera yang telah mengalami sejarah yang panjang. Sejarah kewujudannya bermula pada awal abad ke-4 M. di Vietnam, kemudian pada akhir abad ke-7 M. di Sumatera Selatan. Selepas itu, perkembangannya dikesan di tempat lain seperti di Pagarruyung (Sumatera Barat), Muara Takus (Riau), Samudera-Pasai (Aceh), Ligor (Thai), dan Terengganu (Malaysia). | BAHASA | Bahasa |