Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkhidmatannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGARA

Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS –

National Health Service) ialah sistem penjagaan

kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan

perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada

semua penduduknya. Negara-negara lain juga

mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi

berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk

langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan

perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar

terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga

yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui

skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat

dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak

dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat

kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah

milik awam.

UMUM 
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF

Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847–

1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor

Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada

tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal

gabenor jeneral kerana enggan meluluskan

pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan

oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan

tamat tempoh perkhidmatannya.

UMUM 
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI

Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996)

Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang

kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia

yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac

1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai

Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di

London. Abdul Hamid memulakan

perkhidmatannya daripada peringkat paling

rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus

Angkatan Tentera pada tahun 1969.

UMUM 
PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan bergerak ialah kenderaan

bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak

yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan

lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang

memberi pinjaman buku kepada masyarakat

tempatan. Perpustakaan awam lazimnya

menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu

cara untuk meluaskan perkhidmatannya.

UMUM 
PENGERAS

PENGERAS, sesuatu benda yang diberikan oleh seseorang kepada bomoh, pawang atau bidan untuk perkhidmatannya.  Pengeras juga diberikan oleh anak murid kepada guru silat.  Pengeras melambangkan  kesediaan bakal murid itu menerima ilmu yang bakal diperturunkan kepadanya.

BUDAYAKepercayaan

Kembali ke atas