Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.da.ngan] | ڤرلادڠن

Definisi : 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.da.ngan] | ڤرلادڠن

Definisi : 1 kawasan (tempat) orang berladang: ~ masyarakat desa. 2 hal ttg ladang: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLADANGAN POKOK

Perladangan pokok. Ladang pokok ialah

kawasan milik persendirian yang digunakan

untuk menanam pokok bagi mendapatkan

keuntungan. Ladang pokok berbeza-beza saiznya

daripada dua hektar hingga kepada 400 000

hektar. Organisasi perhutanan di banyak negara

menganjurkan program ladang pokok di

peringkat negara.

UMUM 
PERLADANGAN KERING

Perladangan kering ialah proses menanam

tanaman di kawasan separa kontang tanpa

pengairan. Kawasan separa kontang menerima

sedikit hujan semasa musim penanaman. Oleh

itu, peladang di kawasan ini cuba menambah

amaun air yang menyerap ke dalam tanah

semasa musim hujan dan salji. Semasa musim

pertumbuhan, tanaman menyerap air yang

tersimpan dalam tanah.

UMUM 
TASIK MARACAIBO

Tasik Maracaibo ialah jalan air perdagangan

bagi kawasan perladangan dan petroleum yang

kaya di bahagian barat laut Venezuela. Tasik

Maracaibo merupakan tasik yang terbesar di

Amerika Selatan. Tasik ini meliputi kawasan seluas

13 512 kilometer persegi. Tasik ini dihubungkan

dengan Laut Caribbean oleh sebuah terusan

pendek dan Teluk Venezuela. Sebuah jambatan

yang panjangnya 8.9 kilometer merentasi terusan

tersebut. Jambatan tersebut cukup tinggi bagi

membolehkan kapal-kapal besar belayar di

bawahnya. Terdapat banyak telaga minyak di dalam

tasik tersebut dan di sepanjang pesisirnya.

UMUM 
SAN LUIS POTOSÍ

San Luis Potosí (pend. 489 238) ialah pusat

perladangan dan perlombongan di kawasan tengah

Mexico. Bandar ini terletak 362 kilometer di barat

laut Mexico City dan menjadi ibu negeri San Luis

Potosí. Untuk lokasi San Luis Potosí, lihat Mexico

(peta politik).

UMUM 
SACRAMENTO

Sacramento (pend. 369 365; pend. kaw. met.

1 481 102) ialah ibu negeri California di Amerika

Syarikat dan pusat perdagangan bagi sebuah

kawasan perladangan yang subur. Ia terletak di

persimpangan Sungai Sacramento dan Amerika

di Lembah Sacramento California, lebih kurang

135 kilometer di timur laut San Francisco.

Ekonomi Sacramento bergantung terutamanya

pada operasi kerajaan. Bandar Sacramento

mempunyai lebih daripada 300 loji pembuatan.

Pengeluaran enjin roket dan pemprosesan makanan

merupakan industri utama di kawasan itu.

UMUM 
OAXACA

Oaxaca, rasminya Oaxaca de Juárez (pend. 157 284)

ialah ibu negeri Oaxaca, iaitu negeri di selatan

Mexico. Ia terletak di kawasan yang banyak

terdapat perlombongan, perladangan, dan hutan

[lihat Mexico (peta politik)]. Oaxaca menjadi

terkenal kerana kraftangannya. Puing dua buah

bandar purba Orang Asli Amerika, Mitla dan

Monte Albán, terletak berhampiran dengan

Oaxaca. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa

orang Aztec yang menemui Oaxaca pada tahun

1486. Namun, Orang Asli Zapotec dan Mixtec telah

menetap di kawasan itu sejak zaman awal Kristian

lagi. Penduduk Oaxaca kolonial menghasilkan seni

bina yang menarik.

UMUM 
PAGAR

Pagar di ladang terbuka dan tanah bersama yang

dijadikan ladang bebas memainkan peranan

penting dalam pembangunan perladangan

Inggeris pada akhir tahun 1500-an, terutamanya

pada akhir tahun 1700-an.

UMUM 
SUNGAI CLYDE

Sungai Clyde ialah jalan air komersial yang

utama di Scotland. Sungai Clyde bermula di Tanah

Tinggi Selatan di Scotland dan mengalir ke utara

sejauh 160 kilometer, melalui kawasan

perladangan yang subur di Lanarkshire Selatan.

Sungai ini mengalir ke dalam Sungai Firth of Clyde,

di sepanjang pantai barat. Air Terjun Clyde dekat

bandar Lanark, di Lanarkshire Selatan pada masa

dahulu membekalkan kuasa bagi banyak kilang

kapas di Tanah Pamah. Kini, ia membekalkan kuasa

hidroelektrik.

UMUM 
SUFFOLK

Suffolk ialah sebuah kaunti yang terletak di pantai

timur England. Kebanyakan penduduk tinggal di

bandar seperti Ipswich, Lowestoft, dan Bury St.

Edmunds tetapi Suffolk tetap menjadi kaunti bagi

negeri perladangan dan bandar pasar kecil.

UMUM 
NORFOLK

Norfolk di England, ialah kaunti Broads, jalan air

yang panjang, bermensiang dan tasik yang

dikunjungi oleh beribu-ribu orang yang bercuti dan

mereka yang berminat belayar setiap tahun. Norfolk

mempunyai banyak kincir air, gereja yang cantik, dan

kotej yang dibina daripada flin. Fens, ciri yang

tersendiri topografi Norfolk, adalah kawasan tanah

rendah berpaya. Norfolk adalah kaunti perladangan

utama. Peladangnya pada tahun 1700-an adalah

antara yang pertama menggunakan kaedah

perladangan baru, seperti pusingan tanaman.

UMUM 
12

Kembali ke atas