Sacramento (pend. 369 365; pend. kaw. met. 1 481 102) ialah ibu negeri California di Amerika Syarikat dan pusat perdagangan bagi sebuah kawasan perladangan yang subur. Ia terletak di persimpangan Sungai Sacramento dan Amerika di Lembah Sacramento California, lebih kurang 135 kilometer di timur laut San Francisco. Ekonomi Sacramento bergantung terutamanya pada operasi kerajaan. Bandar Sacramento mempunyai lebih daripada 300 loji pembuatan. Pengeluaran enjin roket dan pemprosesan makanan merupakan industri utama di kawasan itu. |