Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lam.ba.ngan] | ڤرلامبڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng­gunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksud­kan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lam.ba.ngan] | ڤرلامبڠن

Definisi : perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlambangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIR ALEGORISYAIR ALEGORI, syair yang disampaikan dalam bentuk perlambangan atau kiasan. Watak binatang, tumbuhan serta cakerawala menggantikan watak manusia dengan tujuan melindungi watak dan peristiwa yang sebenarnya. Penulis menyampaikannya dalam bentuk perlambangan kerana umumnya peristiwa itu berlaku di kalangan golongan bangsawan. Unsur simbolik biasanya digambarkan melalui penglihatan kesedaran manusia. Syair ini hanya dapat diutarakan sebagai simbolik dengan mengetahui maksud yang tersembunyi pada beberapa unsur di dalamnya.SASTERAKonsep
SCHOPENHAUER, ARTHUR

Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah

ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana

pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya

yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh

ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak

daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan

bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera

kita adalah perlambangan semata-mata. Yang

dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan

dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah

memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri.

Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita,

kita mengubahnya.

UMUM 

Kembali ke atas