Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lem.ba.ga.an] | ڤرلمباݢاءن

Definisi : undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lem.ba.ga.an] | ڤرلمباݢاءن

Definisi : undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ialah kenyataan yang

menggariskan prinsip asas organisasi formal

yang telah dipersetujui. Perlembagaan dibuat

dari peringkat kerajaan negara hingga ke

peringkat kelab persendirian. Perlembagaan

menyatakan struktur dan tujuan sesebuah

organisasi itu ditubuhkan dan hak

warganegaranya atau ahlinya. Perlembagaan juga

menetapkan kuasa pegawai, cara mereka dipilih,

dan tempoh mereka memegang jawatan.

Perlembagaan juga disebut sebagai tataurusan

pertubuhan atau piagam (lihat Piagam ).

UMUM 
PERLEMBAGAAN MADINAHundang-undang untuk penduduk madinahAGAMADasar
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERIUndang-undang pentadbiran negeri-negeri.UNDANG-UNDANGAkta
PERLEMBAGAAN BRITISH

Perlembagaan British ialah rangka kerja

kerajaan dan undang-undang Great Britain.

Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalam

sebarang dokumen tetapi terdiri daripada

beberapa piagam yang berasingan, akta parlimen,

keputusan undang-undang, dan adat. Mengikut

undang-undang, Parlimen ialah institusi yang

paling tinggi kedudukannya dan ia boleh

mengubah sebarang peruntukan perlembagaan.

Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapa

perkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen.

Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarang

pemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ of

habeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an

(lihat Habeas corpus ).

UMUM 
PERLEMBAGAAN AUSTRALIA

Perlembagaan Australia diisytiharkan pada

1 Januari 1901 apabila keenam-enam koloni yang

berasingan bergabung bagi membentuk

Komanwel Australia. Lihat Perlembagaan;

Persekutuan Australia.

UMUM 
PERLEMBAGAAN MERDEKA

PERLEMBAGAAN MERDEKA (1957), perundangan dan peraturan kenegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang mendapat kemerdekaan atau kebebasan politik daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957.  perlembagaan Merdeka ditandatangani antara wakil-wakil kerajaan British dan raja-raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’s House, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERLEMBAGAAN CLARENDON

Perlembagaan Clarendon merupakan usaha

awal, di England, untuk menetapkan garis

sempadan antara hak Gereja dengan bidang kuasa

Raja.

UMUM 
PERLEMBAGAAN RAKYAT

PERLEMBAGAAN RAKYAT (1947),  satu cadangan ringkas dasar pentadbiran negara bagi menolak cadangan Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), raja-raja Melayu dan British.  Perlembagaan Rakyat dibuat oleh gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA) pada 8 Ogos 1947.  Kedua-dua gabungan ini menentang usaha UMNO dan raja-raja Melayu untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan perjanjian baharu.  Oleh sebab British menyebelahi UMNO dan raja-raja Melayu, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa kerja (Working Committee) telah dibentuk dengan 12 orang anggota, iaitu enam orang pegawai British, empat orang wakil raja-raja Melayu dan dua orang wakil UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan 153, Perlembagaan Malaysia. Konsep ini ialah satu konsep perundangan tentang status orang Melayu. Perkara 153 sebenarnya bertajuk ‘Perezapan Quota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya,  untuk orang Melayu’. Namun begitu, dalam Perkara 153, terselit ungkapan yang berbunyi ‘kedudukan istimewa orang Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK

GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK, gerakan menentang keputusan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britain. Keputusan Brooke diambil tanpa mendapat persetujuan rakyat Sarawak, Majlis Negeri dan Tuan Muda Bertram Brooke. Keputusan Brooke bertentangan dengan jaminan Dinasti Brooke bahawa Sarawak adalah hak orang tempatan dan mereka hanya memerintah Sarawak seperti yang diamanahkan dalam perlembagaan. Mengikut Perlembagaan 1941, tujuan utama Dinasti Brooke adalah untuk menyediakan Sarawak ke arah kemerdekaan. Gerakan antipenyerahan bertujuan untuk menuntut kembali status Sarawak sebagai sebuah negeri yang merdeka, sama ada di bawah Dinasti Brooke ataupun di bawah kerajaan orang tempatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
123456

Kembali ke atas