PERLINDUNGAN DATA | Perlindungan data ialah menyelamatkan maklumat elektronik yang tersimpan dalam komputer. Perlindungan data termasuklah: (1) perlindungan sah hak awam untuk melihat maklumat yang mungkin ada dalam pangkalan data komputer, dan (2) perlindungan daripada kecurian, kerosakan perisian (program) dan data yang tersimpan dalam ingatan komputer. Jenis kedua perlindungan data dikenali juga sebagai keselamatan data . | UMUM | |
PAPAN DINDING | Papan dinding ialah sejenis papan yang dibuat daripada serat kayu, rotan dan lain-lain bahan berserat. Ia digunakan untuk menutupi dinding dan siling. Papan dinding memberikan perlindungan daripada kebakaran dan cuaca dan menjadi penebat haba dan kesejukan. Ia menyerap bunyi dan juga berfungsi sebagai hiasan. Papan dinding dibuat dalam bentuk kepingan 1.5 milimeter hingga 75 milimeter tebalnya. Dinding yang ditutupi dengan papan dinding biasanya dinamakan dinding kering. | UMUM | |
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA | GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British1"> untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |