KUMBANG PERMAIDANI | Kumbang permaidani ialah serangga perosak biasa. Larvanya hidup pada permaidani dan masuk ke dalam almari untuk memakan pakaian bulu biri-biri, bulu ayam, dan pakaian bulu yang lain. | UMUM | |
AMBAL DAN PERMAIDANI | Ambal dan permaidani ialah fabrik yang digunakan sebagai hamparan. Ia menambah kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan. | UMUM | |
SARAJEVO | Sarajevo (pend. 447 687) ialah ibu negara Bosnia- Herzegovina (lihat Bosnia-Herzegovina [peta]). Sarajevo terkenal dengan keluaran tenunan permaidani, pertukangan perak, dan terdapat banyak masjid. Orang Turki yang memerintah bandar ini dari tahun 1400-an hingga tahun 1878 membina banyak masjid. Sarajevo juga terkenal sebagai tempat Archduke Austria Francis Ferdinand dibunuh pada 28 Jun 1914. Peristiwa ini menyebabkan tercetusnya Perang Dunia I (lihat Perang Dunia I [Pengenalan]). | UMUM | |
KAPAS | Kapas ialah serat tumbuhan yang paling meluas digunakan. Serat kapas ditenun menjadi fabrik yang lembut, kuat, mudah menyerap untuk membuat pakaian, cadar, permaidani, alas meja, dan benda-benda lain. | UMUM | |
PRAIRI | Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit, terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi. Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang rata di Barat Tengah Amerika memerikannya sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan oleh aktiviti manusia. | UMUM | |
SERAT | Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian, ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya. Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah unit nampak yang paling kecil daripada sebarang keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga menggunakan serat dalam banyak keluaran industri, termasuk payung terjun (paracut), hos bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa. Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat arteri dan tendon artifisial. | UMUM | |