Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOLITAIRE

Solitaire ialah sejenis permainan papan yang

berasal dari Perancis. Ia dimainkan oleh seorang

pemain sahaja dengan menggunakan pasak atau

guli sebagai buah dan sebuah papan kayu khas yang

mempunyai lubang atau rongga.

UMUM 
DADU

Dadu ialah kiub kecil yang digunakan dalam

permainan judi seperti ‘craps’. Dadu juga

digunakan dalam permainan ‘backgammon’,

monopoli dan  permainan papan yang lain. Sebiji

dadu dinamakan die. Setiap die mempunyai enam

permukaan dan ia dicetak dari satu titik hingga

ke enam titik.

UMUM 
DAM

Dam ialah permainan di atas papan dam

oleh dua orang pemain. Papan dam biasanya

mempunyai 64 segi empat yang berselang

berwarna gelap dan cerah. Setiap pemain

mempunyai 12 objek kecil sama ada berbentuk

bulat atau leper yang dikenali sebagai buah dam.

UMUM 
SHOVE-HALFPENNY

Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua

orang pemain atau dua buah pasukan.

Permainan ini dimainkan di atas papan yang

berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter

lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak

pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan

kepada dua petak. Pemain menggunakan lima

cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25

milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera

terjuntai di hujung papan. Mereka cuba

memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib

dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap

petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan.

Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan

dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap

cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak.

UMUM 

Kembali ke atas