Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
permaisuri (kata nama)
Bersinonim dengan isteri raja, maharani, raja perempuan, rani, ratu, sultanah, suri, tengku ampuan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIOBE

Niobe ialah permaisuri dalam mitologi Yunani yang

terkenal kerana perkabungannya yang abadi atas

kematian anak-anaknya. Niobe adalah anak Raja

Tantalus dan Permaisuri Dione, dan berkahwin

dengan Amphion, Raja Thebes. Dia bermegah

mengatakan disebabkan enam atau tujuh anak

lelakinya yang gagah dan enam atau tujuh anak

perempuan yang cantik-cantik, dia berhak

dimuliakan lebih daripada dewi Leto, yang hanya

mempunyai dua orang anak, Apollo dan Artemis.

Leto yang marah memerintahkan Apollo dan Artemis

membunuh anak-anak Niobe menggunakan panah.

Niobe sangat berdukacita dan menangisi kematian

anak-anaknya tanpa henti. Dewa yang kasihan

dengan keadaannya telah menukarkannya menjadi

batu yang mengeluarkan air seperti air mata.

Menurut sejarah, batu yang mempunyai air terjun di

bawahnya terletak di Gunung Sipylon di tempat yang

kini ialah Turki.

UMUM 
SEMIRAMIS

Semiramis ialah ratu mitos Assyria. Dia

dianggap pengasas bandar purba Babylon dan

menakluki Parsi (kini Iran) dan Mesir. Dia ialah anak

perempuan kepada seorang pemuda Syria dan

dewi ikan. Ibunya meninggalkannya dan dia telah

diberi makan oleh merpati. Apabila dewasa,

Semiramis menjadi wanita yang cantik dan

berkahwin dengan Raja Ninus, raja Assyria. Dia

menjadi ratu setelah kematian suaminya, dan

memenangi banyak peperangan. Namun begitu,

anaknya telah menggulingkannya. Herodotus

pernah mengatakan bahawa Semiramis menjadi

permaisuri Babylon pada tahun 700 S.M.

UMUM 
PUTERI JAMILANPUTERI JAMILAN,  gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia.  Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan.  Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung.    Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran “Bundo Kanduang’ (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato.  Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas