Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permulaannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-RAHMAN

Surah al-Rahman ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha

Pemurah), kerana permulaannya menerangkan

hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan

kepada sendaan orang kafir Makkah ketika

diturunkan ayat berikut yang bermaksud:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang

musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman

(Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya:

Dan siapakah al-Rahman itu?”.

(Surah al-Furqan 25:60)

UMUM 
MUZIK ROCK

Muzik rock merupakan salah satu bentuk muzik

dunia yang paling popular dan yang paling mudah

disesuaikan. Muzik ini mula muncul di Amerika

Syarikat pada awal tahun 1950-an, dan dikenali

sebagai rock ’n’ roll (juga dieja rock and roll ). Pada

permulaannya, ia merupakan muzik untuk majlis

perjumpaan dan tarian yang menarik minat

pendengar daripada golongan muda. Muzik ini

sering dimainkan untuk berseronok di kalangan

remaja, dan kadangkala digunakan untuk

meluahkan kekecewaan mereka. Muzik ini

berkembang dengan cepat dan tidak lama

kemudian ia menjadi budaya ekspresi

antarabangsa bagi golongan remaja.

UMUM 
SURAH TAHA

Surah Taha ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 135 ayat.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama

surah ini diberikan. Pendapat pertama mengatakan

bahawa ia seperti surah yang lain yang pada

permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau

Lam Mim dan lain-lain. Pendapat kedua

mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w.

sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya

dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah

S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna

“Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua

belah kakimu”. Pendapat ketiga mengatakan Taha

adalah perkataan daripada bahasa ‘ajam (bukan

Arab) yang bermaksud “Wahai lelaki”. Pendapat

yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan

salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.

UMUM 
PARARATON

PARARATON, hasil sastera sejarah yang berbentuk prosa yang ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan.  Separuh bahagian permulaannya menceritakan kisah Ken Angrok dari lahirnya hingga menemui ajalnya.  Menurut cerita, Ken Angrok dikatakan anak yang ajaib.  Apabila dewasa, dia menjadi seorang yang sangat jahat.  Akhirnya dia menaiki takhta Tumapel yang kemudian dikenal sebagai Singasari dengan gelaran Prabu Ronggah Rajasa.  Dia juga diberi gelaran sebagai Sri Girindratanya.  Ken Angrok dikatakan menjadi leluhur raja-raja Majapahit.  Bahagian akhir kitab Pararaton memaparkan keadaan kerajaan Majapahit sejak awal hingga menghampiri keruntuhannya.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas