PERNAFASAN BANTUAN | Pernafasan bantuan ialah langkah yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan memaksa udara masuk ke dalam paru-paru dan keluar dari paru-paru orang yang terhenti bernafas. | UMUM | |
RESUSITASI KARDIOPULMONARI | Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary Resuscitation) ialah prosedur pertolongan cemas yang digunakan untuk memulihkan pernafasan dan pengaliran darah seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa serangan jantung yang teruk atau mangsa kemalangan yang serius. Untuk membolehkan mangsa terus hidup, penyelamat mesti memulakan CPR dalam masa empat minit selepas pernafasan dan denyutan jantung mangsa terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini. | UMUM | |
PARU-PARU | Paru-paru ialah organ pernafasan utama mamalia, burung, reptilia dan kebanyakan amfibia dewasa. Tugas utama paru-paru adalah menukar gas. Apabila darah mengalir melalui paru-paru, ia mengambil oksigen dari udara dan membebaskan karbon dioksida. Badan memerlukan oksigen untuk membakar makanan bagi mendapatkan tenaga dan ia menghasilkan karbon dioksida sebagai bahan buangan. Rencana ini membincangkan paru-paru manusia, tetapi paru-paru haiwan lain berfungsi dengan cara yang sama. | UMUM | |
DEMAM SELESEMA | Demam selesema ialah sejenis infeksi saluran pernafasan atas. Ia merupakan penyakit yang merebak dengan amat meluas dan sangat lazim dihidapi. | UMUM | |
DIFTERIA | Difteria ialah jangkitan yang teruk dan berjangkit pada sistem pernafasan atau kulit. Ia boleh melibatkan komplikasi yang teruk atau mungkin membawa maut. | UMUM | |
SPIROMETER | Spirometer ialah alat untuk mengukur amaun udara apabila seseorang bernafas. Doktor menggunakan spirometer terutamanya untuk mendiagnosis gangguan pernafasan tertentu dan untuk menilai rawatan. | UMUM | |
ASFIKSIA | Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati. | UMUM | |
SEFALOSPORIN | Sefalosporin ialah sebarang kumpulan antibiotik yang digunakan secara meluas. Doktor menggunakan sefalosporin untuk merawat pelbagai jangkitan bakteria, termasuk penyakit sistem pernafasan, saluran kencing, aliran darah, dan kulit. Doktor juga menggunakan sefalosporin untuk mencegah jangkitan berikutan daripada pembedahan. | UMUM | |
PARU-PARU BESI | Paru-paru besi ialah sebuah alat yang digunakan untuk merawat paralisis (kelumpuhan) otot dan organ pernafasan. Paru-paru besi kadangkala dikenali sebagai respirator atau ventilator. | UMUM | |
RAWAN | Rawan ialah tisu liat, berwarna putih kebiruan yang terdapat pada manusia dan haiwan yang bertulang belakang. Ia terdapat di hujung tulang panjang, di antara vertebra (tulang) pada spina, dan pada telinga, hidung dan saluran pernafasan dalaman. | UMUM | |