ZURAYQ, QASTANTIN QAYSAR | Zurayq, Qastantin Qaysar (? –1901) ialah diplomat Syria yang pernah berkhidmat dalam bidang akademik di University of America, Beirut. Dia pernah belajar di universiti berkenaan pada peringkat ijazah pertama dan menamatkan pengajian ketika berusia 19 tahun. Kemudian, dia menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Amerika Syarikat dan akhirnya kembali berkhidmat di University of America, Beirut sebagai Naib Canselor. | UMUM | |
Q | Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia merupakan huruf yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia merupakan huruf yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakannya sebagai <I>qoph I>yang mungkin bermaksud <I>beruk I>atau <I>monyet I>dan mereka menulisnya dengan simbol gambar yang melambangkan seekor monyet. Orang Yunani kemudiannya meminjam huruf <I>Q I>ini buat seketika waktu dan menyebutnya <I>koppa. I>Orang Rom mengambilnya daripada orang Yunani, dan memberikan bentuk huruf <I>Q I>besar seperti yang ada kini. Mereka juga memperkenalkan penggunaan huruf <I>u I>selepas <I>q I>. Lihat Abjad. | UMUM | |
SULTAN AZLAN SHAH | Sultan Azlan Shah (1928– ) ialah Sultan Perak yang ke-34 (1984– ). Baginda juga terkenal dalam bidang perundangan dan pernah memegang jawatan penting seperti Hakim Mahkamah Persekutuan (1973), Hakim Besar Malaya (1979) dan Ketua Hakim Negara (1980). Selain itu, baginda pernah menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong dari 29 April 1984 hingga 25 April 1989 dan Yang di-Pertuan Agong dari 29 April 1989 hingga 25 April 1994. | UMUM | |
PHILIPPI | Philippi ialah bandar yang pernah wujud di Macedonia . Bandar ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pantai Aegean, berhampiran bandar Kavalla , di Greece sekarang. | UMUM | |
MESIN PENGETAM | Mesin pengetam ialah mesin yang pernah digunakan oleh peladang untuk menuai bijian. Mesin pengetam yang ditarik oleh kuda menggantikan sabit, telah digunakan oleh peladang berabad-abad lamanya. Dengan menggunakan mesin pengetam, peladang dapat menuai lebih banyak hasil tanaman. | UMUM | |
PERSETERUAN | Perseteruan ialah persengketaan keluarga yang pernah menjadi kelaziman di Itali, terutamanya di Sicily . Dua keluarga akan saling bergaduh dan selalunya bertindak ganas untuk membalas dendam ke atas kecederaan atau pembunuhan ahli keluarganya. | UMUM | |
ORANG HELVETIA | Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun 58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M., kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland. Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang penduduk di barat Switzerland yang berbahasa Perancis merujuk kawasan mereka sebagai <i> Helvetia. i> | UMUM | |
DIPROTODON | Diprotodon ialah marsupial terbesar yang pernah hidup. Beratnya kira-kira dua metrik tan, iaitu lebih kurang saiz badak sumbu. Diprotodon ialah pemakan tumbuhan, yang tinggal di Australia dan New Guinea. | UMUM | |
PASUNG | Pasung ialah alat yang pernah digunakan untuk menghukum pesalah yang melakukan kesalahan kecil. Ia terdiri daripada binaan kerangka kayu yang dilubangkan untuk memasang tangan dan kepala pesalah. | UMUM | |
TABES | Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan ini pernah digunakan untuk menggambarkan keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun, kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah untuk menggambarkan penyusutan badan yang disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin. Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai <i> tabes dorsalis i> yang bermakna penyusutan di bahagian <i> dorsal i> (belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami keadaan ini menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki, dan otot kakinya menjadi semakin lemah. <i> Saraf i> <i> optik, i> iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas. | UMUM | |