Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada 1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah. Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan Islam. |