Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pa.tih] | ڤرڤاتيه

Definisi : 1. sl panggilan utk orang besar di Sumatera (zaman dahulu); 2. = adat ~ adat orang Minangkabau (diamalkan oleh sete­ngah-setengah penduduk Negeri Sembilan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pa.tih] | ڤرڤاتيه

Definisi : 1 panggilan utk pembesar-pembesar negeri di Sumatera dan di Singapura pd zaman dahulu. 2 = adat ~ satu sistem hidup bermasyarakat yg mengutamakan saka drpd baka (diamalkan di Minangkabau dan di Negeri Sembilan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perpatih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJARTUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka.  Nama asalnya ialah Raden Bagus.  Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka.  Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama.  Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun  Perpatih Peramuka Berjajar.  Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAT PERPATIH

ADAT PERPATIH, sistem sosiobudaya tradisional yang lengkap, terdapat di kalangan masyarakat  Melayu di Negeri Sembilan dan Naning (Melaka) dan merupakan warisan daripada sistem sosiobudaya yang datang dari wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.

    

BUDAYAKonsep
LEMBAGA

LEMBAGA, badan yang dibentuk oleh masyarakat Melayu adat perpatih. Lembaga terbentuk oleh kehadiran pelbagai jenis hak, tanggungjawab serta peranan dalam masyarakat. Dalam sistem kepimpinan tradisional adat perpatih, Lembaga ialah ketua kelompok kekerabatan yang bernama suku. Kedudukan ini juga merujuk beberapa ‘badan’ lain yang terdapat dalam pelbagai tingkat pentadbiran tradisional hukum adat perpatih seperti badan yang melantik atau mengesahkan serta membantu Undang yang dikenal sebagai Lembaga Tiang Balai.

BUDAYAAdat
PERBILANGAN ADAT

PERBILANGAN ADAT, ungkapan yang dicipta dan diamalkan oleh masyarakat yang lazimnya duduk dalam lingkungan adat perpatih, sama ada di Negeri Sembilan dan sekitarnya, atau di negeri asal adat perpatih iaitu Minangkabau.  Ungkapan ini mengandungi pengertian khusus.

SASTERAKonsep
SIDANG

SIDANG, satu jawatan dalam pentadbiran kampung tradisi di Melaka, baik dalam daerah yang mengamalkan adat perpatih seperti di Naning, mahupun di daerah-daerah lain yang mengamalkan adat temenggung, seperti di Alor Gajah atau bandar Melaka.  Asal usul perkataan sidang dipercayai berasal dari Sumatera, khususnya di Minangkabau.  Dalam penggunaannya di Melaka, ia bertunjang kepada adat perpatih, walaupun konsepnya berlainan, iaitu berdasarkan wilayah dan bukan keturunan perut atau suku.

BUDAYAKonsep
SEMENDASEMENDA, pertalian untuk seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang masuk menjadi ahli baharu dalam keluarga wanita tersebut.  Istilah ini digunakan dalam sistem kekeluargaan adat perpatih.  Mengikut adat perpatih, orang semenda ialah orang yang datang daripada satu suku  dan dia mengahwini seorang wanita daripada suku yang lain.  Mengikut adat, sistem perkahwinannya ialah eksogami, iaitu kahwin di luar suku.  Bagi seseorang yang tanpa suku, dia semestinya dikadimkan kepada suku yang berlainan daripada suku bakal isterinya. BUDAYAAdat
BUAPAK

BUAPAK, ketua kelompok kekeluargaan dalam sistem tradisi kepimpinan adat perpatih, iaitu perut.  Istilah ‘buapak’ ialah hasil gabungan kata-kata ‘ibu’ dan ‘bapa’ yakni ketua dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebuah perut lebih besar daripada sebuah keluarga biasa sehingga boleh mencapai lima hingga enam generasi, maka konsep buapak itu terbit sebagai ketua kelompok kekeluargaan ini.  Anggota-anggota dalam perut menjadi anak buahnya.

BUDAYAKonsep
TEROMBA

TEROMBA, teks yang menyatakan salasiah dan kandungan undang-undang adat perpatih, Khususnya seperti yang diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri  Sembilan, Malaysia. Undang-undang tersebut yang diikuti dan diamalkan dalam masyarakat atau bangsa, suatu sistem atau sebagainya. Teks lisan atau tertulis ini adalah dalam bentuk puisi yang indah, padat dan penuh daya kreatif. Teromba berkait rapat dengan terasul dan tombo. Terasul ialah cara menggunakan salasiah adat seperti dalam perkahwinan sementara tambo bermakna sejarah bagi masyarakat atau adat, tersusun dalam bahasa yang tetap dan dalam bentuk puisi. Istilah teromba juga dikenal dengan nama lain, seperti gurindam, gurindam adat, kata-kata adat, perbilangan adat, kiasan adat dan pepatah adat.

SASTERAKonsep
CINDO MATO

CINDO MATO, mitos Minangkabau. Di samping tambo Minangkabau yang menceritakan tentang Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih nan Sabatang sebagai pengasas Minangkabau, mitos ini diterima sebagai mitos utama Minangkabau.

 

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
GEMENCHEH

GEMENCHEH, luak yang dikuasai oleh satu perut atau suku dalam Adat Perpatih. Gemencheh terletak dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan, berdekatan sempadan di antara Negeri Sembilan dengan Melaka. Gemencheh pernah dikenal dengan nama Sungai Siput.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas