Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pin.da.han] | ڤرڤيندهن

Definisi : perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pin.da.han] | ڤرڤيندهن

Definisi : hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERPINDAHAN KE BARAT

Perpindahan ke barat membawa peneroka

Amerika merentas benua dari Lautan Atlantik

hingga ke Lautan Pasifik. Perpindahan ke barat ini

bermula pada awal tahun 1600-an dengan

petempatan orang Eropah di sepanjang pinggir

pantai Atlantik, Amerika Utara. Ia berterusan

hingga akhir tahun 1800-an. Pada waktu itu,

perbatasan di barat Amerika Syarikat telah ditakluk.

UMUM 
MIGRASI

Migrasi, dalam istilah biologi ialah perpindahan

haiwan ke satu tempat yang menawarkan keadaan

kehidupan yang lebih baik. Banyak burung, ikan,

serangga, dan mamalia selalu bermigrasi untuk

mengelakkan perubahan keadaan cuaca dan

bekalan makanan yang tidak sesuai. Manusia juga

bermigrasi, atau berhijrah, tetapi mereka berbuat

demikian atas sebab politik, sosial dan juga

biologi.

UMUM 
EMIGRÉ

Emigré ialah penduduk yang melarikan diri

dari Perancis semasa Revolusi Perancis berlaku.

Perpindahan bermula selepas kejatuhan Bastille

pada 4 Julai tahun 1789.

UMUM 
MEIR, GOLDA

Meir, Golda (1898–1978), Perdana Menteri Israel

dari tahun 1969 hingga tahun 1974. Selama karier

politiknya itu, dia menyokong perpindahan

penduduk secara beramai-ramai

ke Israel dan

program pembinaan

perumahan yang utama

serta program lain.

Masalah utamanya sebagai

perdana menteri ialah

perselisihan wilayah antara

Israel dengan beberapa

buah negara Arab. Golda

Meir menjalankan dasar

yang tegas tetapi polisi

terbuka terhadap negara-negara Arab.

UMUM 
DODOMA

Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di

pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania

mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir

bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan

ini dirancang selesai pada tahun 1990-an.

Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara

baharu khusus disebabkan kedudukannya yang

di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat

Tanzania (peta).

UMUM 
AUSTRALIND

Australind ialah sebuah kawasan serokan di

Leschenault, yang terletak kira-kira 145 kilometer di

selatan Perth, Australia. Australind terkenal sebagai

tempat yang tidak berjaya diduduki pada tahun

1841 dan tahun 1845. Terpengaruh dengan teori

Edward Gibbon Wakefield, ahli perniagaan di

London menubuhkan Syarikat Australia Barat dan

membeli tanah tersebut. Mereka kemudian

menjualnya sebagai tanah pertanian kepada orang

yang hendak menaklukinya, dan menggunakan

wang tersebut untuk membayar kos perpindahan

buruh. Penduduk pertama yang menduduki tanah

tersebut mendapati kawasan tersebut tidak sesuai

untuk pertanian. Dalam tempoh lima tahun,

Australind telah ditinggalkan.

UMUM 
HIJRAH

Hijrah, perkataan Arab yang diambil daripada kata dasar hajara ertinya berpindah dan kata terbitannya hijrah yang bermaksud perpindahan; suatu langkah memperbaik taraf kehidupan.

AGAMAPeristiwa
SANUSIYYAH, KERAJAAN

Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah

gerakan pembaharuan yang bermetodologikan

tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah

ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat

Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi

al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi. Ia merupakan

gabungan cara pendekatan al-Syeikh Muhammad

ibn ‘Abd al-Wahhab dengan beberapa unsur baik

yang terdapat dalam tarekat sufi. Oleh sebab itu,

tarekat ini tidak mendapat sebarang tentangan dari

para pengikut Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab yang tinggal di Hijaz. Tarekat ini

kemudiannya dipimpin oleh anaknya, al-Mahdiy

yang berjaya menyempurnakan tugas ayahnya. Dia

mengadakan banyak majlis-majlis sufi ( zawiyah )

sehingga pengaruhnya tersebar luas ke seluruh

pelosok negara. Kehebatannya menyebabkan pihak

penjajah memerhati pergerakannya. Oleh yang

demikian, al-Mahdiy terpaksa berpindah dari

Wahah Zaghbub ke Kafrah, kawasan pedalaman

yang berpadang pasir. Walau bagaimanapun,

terdapat beberapa pendapat yang cuba

menghuraikan perpindahan ini.

UMUM 

Kembali ke atas