Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pi.sa.han] | ڤرڤيسهن

Definisi : 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyata­kan selamat berpisah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pi.sa.han] | ڤرڤيسهن

Definisi : hal berpisah: Mati merupakan ~ antara jasad dgn roh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCALAWAG

Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika

Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit

hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal

politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika.

Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan

ini sebagai “haiwan berpakaian manusia” dan

memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang

biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna.

Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga,

dan peladang yang menentang perpisahan

(pengunduran) daripada kesatuan sebelum

peperangan. Orang Scalawag yang lain,

kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin

dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat

orang scalawag yang mendapat keuntungan

peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak

Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan

masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup.

Orang Scalawag membantu membangunkan

semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan

undang-undang yang membolehkan golongan kulit

hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka

menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa

semula di Selatan.

UMUM 
GELANG SI PAKU GELANG

GELANG SIPAKU GELANG, lagu rakyat yang berasal dari Padang, Sumatera, Indonesia. Gelang yang digunakan dalam konteks lagu ini bermaksud sejenis tumbuhan paku. Lagu ini biasanya dinyanyikan beramai-ramai sebagai lagu perpisahan setelah selesai sesuatu majlis atau perhimpunan. Muzik iringannya mengikut rentak inang.

BUDAYAKonsep
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 

Kembali ke atas