PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU | PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU, perkembangan penubuhan organisasi sosial dan separa politik di negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Penubuhan persatuan-persatuan ini berlaku sejak awal abad ke-20 dengan cara kecil-kecilan, terpencil dan berkelompok. Penubuhannya merupakan satu usaha untuk membaiki keadaan sosial, kebudayaan, sastera dan bahasa Melayu. Di samping itu persatuan tersebut menjalankan kegiatan ekonomi seperti syarikat kerjasama jimat cermat dan perniagaan kraf tangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KONGRES PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU SEMENANJUNG TANAH MELAYU | KONGRES PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU SEMENANJUNG TANAH MELAYU, kongres yang dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Persatuan Melayu Selangor (PMS) pada 6 Ogos 1939, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA | Persatuan Ulama Malaysia ialah persatuan yang dianggotai golongan ulama di Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 20 November 1974, di Kolej Islam Kelang, Selangor. | UMUM | |
GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL (GAPENA) | Gabungan Persatuan Penulis Nasional - persatuan penulis. | SASTERA | Kegiatan |
PERSATUAN SEKERJA | Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah persatuan orang yang mempunyai minat yang sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal, keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini mengadakan upacara mass (upacara orang yang beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan keagamaan ini disekat di England. | UMUM | |
PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN | PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN, persatuan negeri. Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1939. Ia ditubuhkan ekoran daripada berita-berita akhbar yang mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan Pahang sebagai satu usaha menyatukan dan membela nasib orang Melayu di negeri masing-masing. Persatuan ini ditubuhkan setelah mendapat penerangan yang jelas daripada Tengku Ismail Hussin, Presiden Persatuan Melayu Selangor, yang berceramah pada 1 September 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembolan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PERSATUAN MELAYU PERAK | PERSATUAN MELAYU PERAK, persatuan negeri yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu. Persatuan ini menjadi penggerak kepada penubuhan persatuan-persatuan Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1938. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PERSATUAN LIVERY | Persatuan livery adalah institusi di bandar raya London yang berkembang daripada persatuan kraf pada Zaman Pertengahan. Terdapat 84 persatuan Livery di London. | UMUM | |
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA | Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia-BAM) ialah salah satu persatuan sukan yang terulung di Malaysia. Persatuan ini mula bergerak aktif sebelum Perang Dunia I. BAM ditubuhkan secara rasmi pada 11 November 1934 atas cadangan J.F. Jerlin, bapa kepada dua pemain pasukan Piala Uber Amerika yang melawat Malaya antara tahun 1929 dan tahun 1931. | UMUM | |
PERSATUAN PENULIS KELANTAN | | SASTERA | Institusi/Organisasi |