MONACO | Monaco ialah salah sebuah negara terkecil di dunia. Ia mempunyai keluasan tanah lebih kurang 1.95 kilometer persegi. Monaco terletak di kawasan Riviera Perancis, bersempadankan Laut Mediterranean. Perancis terletak di sempadan bertentangan. | UMUM | |
ANGOLA | Angola ialah negara di pantai barat daya Afrika. Nama rasminya ialah Republik Rakyat Angola. Angola meliputi 1 246 700 kilometer persegi. | UMUM | |
SUNGAI MURRAY | Sungai Murray dan cawangan-cawangan sungainya membentuk sistem sungai terbesar di Australia. Kawasan tadahannya yang meliputi 1 056 720 kilometer persegi terletak di sudut tenggara benua itu. Ia meliputi satu per tujuh jumlah kawasan seluruh Australia. Panjang Sungai Murray ialah 2589 kilometer. Cawangan Sungai Murray yang utama ialah Sungai Darling yang berukuran 2740 kilometer panjang, Sungai Murrumbidgee yang berukuran 1575 kilometer panjang; dan Sungai Goulburn yang berukuran 560 kilometer panjang. Sungai Murray-Darling merupakan sistem sungai yang keempat terpanjang di dunia. Aliran sungai yang melalui Condamine, Darling, dan Murray hingga ke laut berukuran sejauh 3782 kilometer. | UMUM | |
SINGAPURA | Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di Asia Tenggara. Ia terletak di selatan Semenanjung Malaysia, tempat Laut China Selatan dan Lautan Hindi bertemu. Singapura terletak kira-kira 140 kilometer ke utara khatulistiwa. Jumlah keluasannya 639.1 kilometer persegi. Ia terdiri daripada sebuah pulau besar dan lebih daripada 50 buah pulau kecil. Pulau besar tersebut yang juga dikenali sebagai Singapura, seluas 573 kilometer persegi. Panjangnya 42 kilometer, dan ukuran bahagian paling lebarnya 23 kilometer. Kira-kira separuh daripada pulau-pulau kecilnya tiada penghuni. Beberapa buah pulau kecil telah dimajukan untuk rekreasi dan pelancongan. | UMUM | |
SEYCHELLES | Seychelles ialah negara di Afrika yang terdiri daripada kira-kira 90 buah pulau di Lautan Hindi. Pulau-pulau itu bertebaran dalam kawasan seluas melebihi 1 035 995 kilometer persegi dan terletak kira-kira 1600 kilometer ke timur tanah besar Afrika. | UMUM | |
RHODE ISLAND | Rhode Island (pend. 1 005 984) ialah negeri yang terkecil di Amerika Syarikat. Luasnya hanya 3140 kilometer persegi. Negeri ini terletak di Teluk Narragansett, cabang Lautan Atlantik. Kepulauan ini terdiri daripada 36 buah pulau, tetapi sebahagian besar daripada negeri ini terletak dalam tanah besar Amerika Syarikat. | UMUM | |
PULAU PINANG | Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang tanah yang memanjang (terletak di tanah besar Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga kilometer hingga lapan kilometer lebar. | UMUM | |
MAINE | Maine (pend. 1 233 223) ialah sebuah negeri di timur laut Amerika Syarikat. Luasnya 86 156 kilometer persegi. Bandar-bandar terbesarnya ialah Portland, Lewiston dan Bangor. Augusta ialah ibu negerinya. Nama Maine mungkin bererti mainland (tanah besar) dalam bahasa Inggeris. Penjelajah- penjelajah awal Inggeris menggunakan istilah The Main untuk membezakan tanah besar daripada pulau-pulau di luar pantai. | UMUM | |
NEW HAMPSHIRE | New Hampshire (pend. 1 113 915) ialah negeri di timur laut Amerika Syarikat. Ia meliputi kawasan seluas 24 032 kilometer persegi di wilayah New England . Ia terkenal dengan keindahan semula jadinya serta aktiviti luar sepanjang tahun. Manchester dan Nashua ialah bandar terbesar negeri ini. Ibu negerinya ialah Concord. Longgokan besar granit yang terdapat di situ menyebabkan New Hampshire digelar Negeri Granit . | UMUM | |
SARAWAK | Sarawak (pend.1 648 200) ialah negeri yang terletak di Malaysia Timur. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas 124 450 kilometer persegi, memanjang sejauh 800 kilometer sepanjang barat laut pulau Borneo. Negeri ini terletak di utara garisan khatulistiwa di antara garisan bujur 0 ° 50’ dan 5º Utara, manakala garisan lintang 109 ° 36’ dan 115 ° 40’ Timur. | UMUM | |