Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948)

Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian

bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada

1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan

Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan

Persekutuan dengan menggabungkan semua

negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau

Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu

unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud

sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah

asas pembentukan negara Tanah Melayu yang

merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

UMUM 
PERSEKUTUAN AUSTRALIA

Persekutuan Australia terbentuk dari tahun

1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia

menjadi negeri-negeri Komanwel Australia.

Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah

penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba,

tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes,

perdana menteri New South Wales, mendesak

para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah

kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak

percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan

menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan

tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898,

dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa

penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan

dan penduduk Australia mengundi untuk

membentuk sebuah persekutuan. Duke of York,

kemudian bergelar Raja George V,

mengisytiharkan Komanwel Australia pada

1 Januari 1901.

UMUM 
PERJANJIAN PERSEKUTUAN

PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union.  Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit.  Dengan itu, terhapuslah konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.  Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
MINSK

Minsk (pen. 1 442 000) ialah ibu negara Belarus.

Pada tahun 1991, Minsk menjadi ibu pejabat

Komanwel Negara-negara Merdeka, iaitu sebuah

persekutuan negara-negara yang dahulunya

dikenali sebagai bekas republik Kesatuan Soviet.

Minsk terletak di tebing Sungai Svisloch. Untuk

lokasinya, lihat Belarus (peta).

UMUM 
PERLEMBAGAAN AUSTRALIA

Perlembagaan Australia diisytiharkan pada

1 Januari 1901 apabila keenam-enam koloni yang

berasingan bergabung bagi membentuk

Komanwel Australia. Lihat Perlembagaan;

Persekutuan Australia.

UMUM 
SURUHANJAYA REIDKapsyen1">          :1">           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA COBBOLDKapsyen1">          :1">           Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah)

 

SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia.  Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962.  Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu.  Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962.  Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PELITA BAHASA MELAYU

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PELITA BAHASA Melayu, buku tatabahasa dan latihan penggunaan bahasa Melayu.  Buku ini dikarang oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu.  Pelita Bahasa Melayu Penggal I (PBM I) diterbitkan pada tahun 1940, Pelita Bahasa Melayu  Penggal II (BM II) pada tahun 1946 dan Pelita Bahasa Melayu Penggal III (PBM III) pada tahun 1947.  Ketiga-tiga penggal itu telah dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1962.  Penggal I dicetak semula sebanyak tiga kali, dan yang terakhirnya pada tahun 1965.

BAHASAPenerbitan
BULAN MELAYU

BULAN MELAYU, majalah untuk kaum wanita yang pertama di Tanah Melayu.  Majalah pengetahuan am ini mula diterbitkan pada tahun 1 Jun 1930 oleh Persekutuan Guru-guru Perempuan Melayu Johor yang beribu pejabat di Johor Bahru.

SASTERAKitab
12

Kembali ke atas