Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sép.si] | ڤرسيڤسي

Definisi : (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sép.si] | ڤرسيڤسي

Definisi : /persépsi/ gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu); pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan ~ masyarakat terhadap isu tsb. mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran ttg sesuatu: Objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persepsi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSEPS

Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita

dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari

dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita

mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal.

Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari

organ-organ deria yang bertindak balas dengan

tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak

gelombang radiasi elektromagnetik merangsang

mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis

getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula

adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan

kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita

bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan

pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa

sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi,

tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan

dan kedudukan tubuh.

UMUM 
FONETIK BAHASA MELAYU

FONETIK BAHASA MELAYU, ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdehem, bersiul, dan sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi, anatomi, pengelasan dan persepsi bunyi bahasa. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

BAHASABahasa

Kembali ke atas