PORT SAID | Port Said (pend. 460 000) ialah bandar di Mesir yang terletak di persimpangan Terusan Suez dan Laut Mediterranean. Namanya dalam bahasa Arab ialah Bur Said . | UMUM | |
KEKUDA | Kekuda dalam kejuruteraan, ialah struktur yang digunakan untuk menyokong jalan raya yang merentangi lembah atau persimpangan. Kekuda kayu yang diperbuat daripada tiang tinggi yang disambungkan dengan dawai dan penyokong, biasanya lebih murah daripada membina jambatan. Dalam pertukangan kayu, kekuda ialah alang yang berkaki. Ia digunakan untuk menyokong kerja. Sesetengah meja dan papan lukis disokong oleh rangka yang dinamakan kekuda. | UMUM | |
MOTEL | Motel ialah tempat yang menyediakan kemudahan penginapan terutamanya kepada pemandu kereta. Kebanyakan motel terletak di persimpangan jalan besar yang sibuk, di kawasan pinggir bandar atau berhampiran lapangan terbang. Semua motel menyediakan kemudahan letak kereta secara percuma dan tetamu boleh sampai ke bilik secara terus. Sesetengah motel mempunyai restoran dan kolam renang. | UMUM | |
PULAU WAKE | Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake, Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 300 orang. Dengan batu karang yang melengkung, pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo. Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh- tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok- pokok renek dan belukar. | UMUM | |
YORK | York (pend. 100 600) ialah bandar katedral Inggeris purba dan juga bandar universiti. York terletak di persimpangan Sungai Ouse dan Sungai Foss di Yorkshire Utara | UMUM | |
SALISBURY | Salisbury (pend. 103 200) ialah daerah kerajaan tempatan di Wiltshire, England. Bandar Salisbury terletak di tengah-tengah daerah ini, di persimpangan Sungai-sungai Avon, Bourne, dan Nadder. Gereja Besar Salisbury yang indah terletak di tebing Sungai Avon yang dibina pada tahun 1220. Puncak menaranya setinggi 123 meter ialah menara tertinggi di England. Tembokan tanah yang mengagumkan di Old Sarum terletak kira-kira tiga kilometer di sebelah utara bandar. Old Sarum ialah pusat ekonomi dan agama yang utama di England sebelum penaklukan Rom. Kini, yang masih tinggal di Old Sarum ialah sebuah benteng besar dengan tebing pertahanan daripada tanah. Tapak Stonehenge yang masyhur juga terletak di daerah ini. Stonehenge merupakan struktur prasejarah yang paling besar di barat Eropah. Lihat juga Wiltshire. | UMUM | |
READING | Reading (pend. 213 474) ialah bandar dan kawasan kerajaan tempatan di Selatan England. Reading ini terletak di tebing Sungai Kennet berdekatan persimpangan dengan Sungai Thames. Perkampungan berhampirannya, termasuklah Mapledurham, tapak kawasan rumah jagaan polis Tudor. | UMUM | |
AMSTERDAM | Amsterdam (pend. 687 397; pend. kaw. met. 945 062) ialah ibu negara dan bandar yang terbesar di Belanda. Ia terletak di persimpangan antara Sungai Amstel dengan IJ, satu cabang daripada tasik besar yang dinamakan Ijsselmeer. Untuk lokasi, lihat Belanda (peta politik). Nama bandar ini membawa makna Empangan Amstel dan merujuk kepada sebuah empangan yang dibina di sana pada tahun 1200-an. | UMUM | |
KHARTOUM | Khartoum (pend. 476 218; pend. kaw. met. 817 364) ialah ibu negara Sudan. Ia terletak di persimpangan Sungai Nil Biru dengan Sungai Nil Putih. | UMUM | |
SACRAMENTO | Sacramento (pend. 369 365; pend. kaw. met. 1 481 102) ialah ibu negeri California di Amerika Syarikat dan pusat perdagangan bagi sebuah kawasan perladangan yang subur. Ia terletak di persimpangan Sungai Sacramento dan Amerika di Lembah Sacramento California, lebih kurang 135 kilometer di timur laut San Francisco. Ekonomi Sacramento bergantung terutamanya pada operasi kerajaan. Bandar Sacramento mempunyai lebih daripada 300 loji pembuatan. Pengeluaran enjin roket dan pemprosesan makanan merupakan industri utama di kawasan itu. | UMUM | |