Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.si.si.ran] | ڤرسيسيرن

Definisi : daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai: kawasan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persisiran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLATFORM BATUAN ZON LITORAL

Platform batuan zon litoral ialah platform

batuan di sepanjang persisiran pantai. Platform

seperti ini adalah ciri-ciri biasa di pinggir pantai

Australia dan New Zealand.

UMUM 
SOTONG KATAK

Sotong katak ialah moluska (haiwan lembut

tidak bertulang) dalam kelas yang sama dengan

sotong. Ia terdapat di kebanyakan laut kecuali di

laut di sekeliling Amerika. Ia hidup di air dalam,

tetapi kadangkala terdapat berhampiran dengan

persisiran pantai. Saiznya berbeza-beza dari kirakira

lapan sentimeter hingga kira-kira 1.8 meter

panjangnya. Badannya berwarna perang berjalurjalur

dan berbintik-bintik ungu. Ia berkilau terang

dalam cahaya matahari dan sering bertukar warna.

Badannya yang berbentuk bujur dikelilingi sirip

beropol.

UMUM 
PESISIRPESISIR, kawasan pantai yang digunakan untuk menghuraikan kebudayaan sekelompok masyarakat di perairan Kepulauan Melayu. Konsep ini diperkenalkan oleh Pigeaud, sarjana Belanda, dalam bukunya Islamic States in Java (1938). Tamadun pesisir ini muncul pada zaman kegemilangan perdagangan rempah dari abad ke-14 hingga abad ke-18, apabila masyarakat di persisiran pantai berhubung dengan dunia luar melalui perdagangan antarabangsa.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ANDALUS, PEMBUKAAN.

Andalus, Pembukaan. Musa ibn Nusayr dilantik

sebagai pemerintah Maghribi (Barat Laut Afrika) pada

tahun 89 H bersamaan dengan tahun 707 M. Dia

dilantik menggantikan Hassan ibn al-Nu‘man yang

dipecat kerana kes perselisihannya dengan Gabenor

Mesir. Pada permulaan zaman pemerintahan Musa

ibn Nusayr, orang Barbar telah memberontak

menentangnya, tetapi dia dapat menghapuskan

pemberontakan itu dengan kekerasan. Seterusnya dia

berjaya membuka Tangier yang merupakan kubu

terakhir puak Barbar tersebut, lalu melantik Tariq ibn

Ziyad menjadi gabenor di situ. Musa menggunakan

dasar yang sangat bijaksana untuk menghentikan

pemberontakan Barbar yang sering berulang, iaitu

dengan mengislamkan seluruh negeri itu. Musa

berjaya mengajak kaum Barbar memeluk Islam dan

melatih beribu-ribu orang dalam kalangan mereka

menjadi tenteranya. Kemudian dia menyediakan

armada laut yang besar untuk melindungi sempadan

kawasan pantai daripada serangan tentera Rom. Di

samping itu dia memulakan serangan ke atas pulau-pulau

dan markas tentera Rom yang berhadapan

dengan pantai Afrika Utara, iaitu Kepulauan Balearic,

Sicily dan Sardinia, sehingga daerah kekuasaannya

meliputi semua kawasan persisiran kecuali Ceuta, di

timur Tangier yang merupakan kubu kuat Rom.

UMUM 

Kembali ke atas