ILMU KALAM | Ilmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan persoalan akidah Islam dan mempertahankannya, di samping menolak keraguan yang timbul mengenainya berpandukan logik akal dan bukti- bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah analisa dan falsafah.
| UMUM | Umum |
AGNOSTISISME | Agnostisisme ialah kepercayaan bahawa persoalan mutlak, terutamanya yang berhubung dengan kewujudan tuhan, tidak boleh dijawab. | UMUM | |
PLEBISIT | Plebisit ialah pungutan suara rakyat terhadap sebarang persoalan. Istilah itu kini bermaksud pengundian para penduduk dalam sesebuah wilayah untuk memilih negara yang akan memerintah mereka. Plebisit pertama kali digunakan pada tahun 1790-an, apabila rakyat Nice dan Savoy mengundi untuk memilih atau menentang penyatuan dengan kerajaan Perancis. | UMUM | |
PUNGUTAN SUARA | Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara memberi peluang kepada semua pengundi di sesebuah negara atau wilayah untuk membuang undi bagi menentukan dasar kerajaan atau cadangan undang-undang yang baru. Dalam pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau menentang sesuatu cadangan. Kadangkala pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit . | UMUM | |
SKOLASTISISME | Skolastisisme ialah sistem falsafah yang menekankan penggunaan taakulan dalam menerokai persoalan falsafah dan teologi. Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba menyelesaikan pendapat yang bertentangan dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200- an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah dan di universiti di barat Eropah. | UMUM | |
PARTI LIBERAL AUSTRALIA | Parti Liberal Australia ialah parti politik yang menyokong inisiatif dan usaha individu dan bersifat konservatif terhadap persoalan sosial dan moral | UMUM | |
AL-SYIQAQ I' | AL-SYIQAQ I’, novel yang ke-11 karya Shahnon Ahmad yang dihasilkan pada tahun 1985, mengandungi 85 bab yang membentangkan persoalan hidup ahli-ahli zuriat satu keluarga daripada empat generasi dalam tiga latar yang berlainan. | SASTERA | Konsep |
TEOLOGI | Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan agama. Perkataan Inggeris theology berasal daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos (percakapan). Teologi mendalami persoalan seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia dan penghuninya? dan Bagaimana manusia mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?” Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang teologi yang lain pula mengamati pembelaan doktrin agama daripada pandangan yang bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut dalam kehidupan seharian. | UMUM | |
NAIPAUL, V.S. | Naipaul, V.S. (1932– ) ialah penulis Hindia Barat dan disanjung kerana novel-novelnya berlatar belakang Caribbean dan Afrika, serta buku-buku perjalanannya. Kerja-kerjanya mengkaji tentang pembuangan negeri dan menimbulkan persoalan tentang hubungan antara kebudayaan dan identiti nasional. Penekanan Naipaul terhadap penjajahan, pemindahan pelarian, keganasan politik, dan pemencilan menimbulkan kritikan yang membandingkan hasil kerjanya dengan penulis seperti Joseph Conrad, penulis Poland. | UMUM | |
SPARK, MURIEL | Spark, Muriel (1918– ) ialah wanita British yang terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor, tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami persoalan moral dan agama yang serius. | UMUM | |