Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.su.rat.kha.ba.ran] | رسورتخبرن

Definisi : perihal surat khabar, kewartawanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persuratkhabaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SASTERA PERSURATKHABARAN

SASTERA PERSURATKHABARAN, bentuk sastera Melayu yang menjadikan akhbar dan majalah sebagai wadah penampungan utamanya.  Sastera persuratkhabaran termasuk cerpen dan puisi.  Kemajuan penciptaan dan penyebaran kedua-duanya amat dipengaruhi oleh akhbar dan majalah.

SASTERAKonsep
DATUK SUTAN MAHARADJA

DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan ‘revolusi adat demokratis’ melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LEMBAGA MELAYU

LEMBAGA MELAYU, akhbar Melayu. Akhbar ini diterbitkan sebagai versi Melayu akhbar Inggeris, Malaya Tribune dan diterbitkan oleh Melayu Tribune Press Ltd., Singapura pada bulan Ogos 1914. Ketua Pengarangnya ialah Mohd. Eunos Abdullah, seorang tokoh persuratkhabaran dan pemimpin masyarakat yang terkenal di Singapura.

SASTERAPenerbitan
BERITA MALAIBERITA MALAI,  akhbar harian bertulisan Rumi yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.  Akhbar ini ditertibkan di Singapura (Syonan-To) pada 1 Januari 1943 oleh Malal Shimbun Sha (Syarikat Persuratkhabaran Melayu).  Penerbitannya adalah sebagai satu usaha untuk menyatukan beberapa buah akhbar yang masih erbit pada masa itu, seperti Utusan Melayu  dan Warta Malaya supaya menjadi sebuah akhbar yang diletakkan di bawah pengawasan pihak Jepun.  SASTERAKitab
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENULIS WARTAWAN

PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan.  Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’.  Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka.  Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).  Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail,  Ahmad  Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali.  Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran.

SASTERAKarya

Kembali ke atas