ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN | ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN, upacara menabalkan Sultan Kelantan yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat pertabalan Sultan Kelantan yang diamal hingga sekarang bermula semenjak zaman pemerintahan Sultan Long Yunus (m.m. 1763-1798). Walau bagaimanapun, adat istiadat pertabalan ini berubah dari semasa ke semasa, terpulang kepada pihak istana. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN PAHANG | ADAT PERTABALAN SULTAN PAHANG, upacara menabalkan Sultan Pahang yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat ini mempunyai banyak persamaan dengan adat pertabalan sultan lain di negeri-negeri Melayu di Malaysia. Adat ini diwarisi daripada adat pertabalan Sultan Melaka pada abad ke 15 yang juga mewarisi adat ini daripada kesultanan zuriat raja-raja Melayu keturunan Bukit Siguntang dan Palembang. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH | ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH, upacara menabalkan Sultan Kedah yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Bagi Negeri Kedah Darul Aman, peraturan istiadat pertabalan dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625-1653) iaitu Sultan Kedah yang ke-13, yang bersemayam di Kota Naga. | BUDAYA | Konsep |
PAKAIAN PERTABALAN | PAKAIAN PERTABALAN, pakaian istiadat raja atau sultan pada hari pertabalan baginda. Dalam istiadat Melayu, pakaian yang dipakai pada hari pertabalan tidak dianggap sebagai satu alat kebesaran. Pakaian yang dijadikan alat kebesaran terpenting ialah tengkolok diraja. | BUDAYA | Pakaian |
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN | ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK | ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN TERENGGANU | ADAT PERTABALAN SULTAN TERENGGANU, upacara menabalkan Sultan Terengganu yang baharu bagi menggantikan sultan yang mangkat. Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu 1911, telah ditetapkan bahawa Negeri Terengganu juga mempunyai seorang waris ganti yang bakal menjadi raja yang diberi gelaran Yang Dipertuan Muda. Waris inilah yang akan diangkat menjadi sultan jika sultan yang ada mangkat. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR | ADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR, upacara menabalkan Sultan Selangor yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN JOHOR | ADAT PERTABALAN SULTAN JOHOR, upacara menabalkan Sultan Johor yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS | ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS, upacara menabalkan Raja Perlis yang baharu untuk menggantikan raja yang mangkat. Adat ini diadakan di Istana Arau, dihadiri oleh menteri besar, pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu mukim serta sultan-sultan dan yang dipertua negeri. | BUDAYA | Konsep |